Image
faq-icon contactus-icon sitemap-icon  
 

           

Soalan Lazim

  • Soalan Lazim

     


    1. Takrif Jenayah Kewangan Dan Penubuhan NFCC


    2. Mengenai NSRC


    3. Sistem Data Berpusat


    4. Perolehan

     
  • Takrif Jenayah Kewangan Dan Penubuhan NFCC

    1.Apakah itu National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) / Pusat Pencegahan Anti-Jenayah Kewangan Nasional

     

    NFCC ditubuhkan sebagai sebuah agensi kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Ia berperanan sebagai koordinator dan penyelaras kepada Agensi-Agensi Penguatkuasaan di Malaysia seperti Bank Negara, SPRM, PDRM, JKDM, SSM, LHDN, KPDNHEP dan LOFSA bagi menangani isu-isu berkaitan jenayah kewangan secara bersepadu.

     

    2. Apakah maksud tafsiran "Financial Crime" atau "Jenayah Kewangan"?

     

    Financial Crime” ditafsirkan di bawah seksyen 2 sebagai mana-mana kesalahan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

    Walaubagaimanapun, Akta NFCC akan memberikan Menteri kuasa untuk memasukkan apa-apa kesalahan jenayah sebagai jenayah kewangan baharu sebagai tambahan kepada kesalahan yang disenaraikan di bawah Jadual Kedua AMLA. Menteri boleh melakukan ini dengan mengeluarkan satu perintah.

     

    3.Kenapakah NFCC perlu ditubuhkan?

     

    Penubuhan NFCC adalah suatu dimensi koordinasi dan kolaborasi pelbagai agensi penguat kuasa dan entiti kerajaan terbabit dalam membanteras jenayah kewangan. NFCC adalah sebuah agensi kerajaan yang diwujudkan dan berfungsi sebagai suatu platform strategik dan holistik di peringkat nasional selaras dengan manifestasi dan komitmen kerajaan dalam menangani jenayah kewangan.

     

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)
(National Anti-Financial Crime Centre)

Aras 5 & 6, Blok 1
Menara Seri Wilayah
Jalan P2a
Presint 2                                                         
62100 Putrajaya                              
 
E-mel: nfcc.admin[at]jpm.gov.my
Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: 18 Sep 2023

STATISTIK PELAWAT

Pelawat Atas Talian: 2

Jumlah Pelawat: 58063

PAUTAN LUAR

TAG AWAN

© 2021 Hak Cipta Terpelihara NFCC

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768. 

Dasar PrivasiDasar Keselamatan