Maklumat dan Soalan Lazim tentang Pusat Respons Scam Kebangsaan
Sepertimana yang telah diumumkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 14 Oktober 2022, Pusat Respons Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre, NSRC) telah ditubuhkan sebagai pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian. Tindak balas ini termasuk pengesanan dana yang dicuri secara lebih cepat dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.
NSRC merupakan usaha sama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre, NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi. NSRC menghimpunkan sumber dan kepakaran daripada kesemua pihak ini bagi membanteras penipuan kewangan dengan lebih cepat dan berkesan.
1. Siapa yang perlu menghubungi NSRC?
Anda boleh segera menghubungi NSRC sekiranya anda menjadi mangsa penipuan kewangan dalam talian yang berlaku dalam tempoh 24 jam bagi keadaan yang berikut:
- Pemindahan wang keluar dari akaun tanpa pengetahuan anda; atau
- Diperdaya untuk memindahkan wang anda ke akaun lain melalui perkhidmatan kewangan dalam talian.
2. Saya telah ditipu. Apakah yang patut saya lakukan?
3. Apakah maklumat yang saya perlukan untuk membuat laporan tentang penipuan kewangan dalam talian?
4. Apakah jenis kes penipuan yang dikendalikan oleh NSRC?
5. Bagaimanakah cara NSRC membantu mangsa penipuan?
6. Saya mengalami masalah untuk mengakses ke akaun bank saya dan / atau menjalankan aktiviti perbankan sebagaimana kebiasaan. Bolehkah saya hubungi talian 997?
7. Apakah yang boleh saya lakukan sekiranya saya tidak mendapat maklum balas memuaskan berhubung akaun saya daripada unit aduan bank yang saya hubungi?
8. Apakah yang boleh saya jangkakan selepas melaporkan kes saya?
9. Dengan kewujudan NSRC, adakah saya masih perlu membuat laporan polis?
10. Saya tidak dapat menghubungi NSRC melalui talian 997. Apakah yang patut saya lakukan?
11. Saya tersedar bahawa ada transaksi mencurigakan dalam akaun bank saya pada pukul 2 pagi. Apakah yang patut saya lakukan?
12. Bagaimanakah saya dapat menghubungi hotline bank 24/7?
13. Bolehkah saya membuat semakan susulan kes dengan NSRC melalui talian 997?
14. Adakah NSRC mampu mendapatkan semula wang saya? Berapa lamakah saya perlu tunggu?
15. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang penipuan dan cara mengelak daripada tertipu?
Dikemaskini setakat 05 Disember 2023