Soalan Lazim
Image
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Mengenai NSRC

Maklumat dan Soalan Lazim tentang Pusat Respons Scam Kebangsaan

Sepertimana yang telah diumumkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 14 Oktober 2022, Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (National Scam Response Centre, NSRC) telah ditubuhkan sebagai pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian. Tindak balas ini termasuk pengesanan dana yang dicuri secara lebih cepat dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.

NSRC merupakan usaha sama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre, NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi. NSRC menghimpunkan sumber dan kepakaran daripada kesemua pihak ini bagi membanteras penipuan kewangan dengan lebih cepat dan berkesan.
Tumpuan NSRC adalah pada penipuan kewangan dalam talian – iaitu kes di mana mangsa menyedari bahawa wang dalam akaun bank mereka telah dipindahkan tanpa pengetahuan serta kes di mana mangsa telah diperdaya untuk memindahkan wang mereka melalui perkhidmatan kewangan dalam talian.

Di antara kaedah penipuan ini termasuk memancing data (phishing), Macau scam dan serangan perisian hasad (malware).

Mangsa penipuan digalakkan menghubungi talian khusus (hotline) bank-bank mereka atau NSRC melalui talian 997. Sila rujuk Soalan 3 tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan bantuan, dan Soalan 9 untuk kaedah menghubungi hotline bank anda.
Dikemaskini setakat 04 April 2023

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 02 Disember 2024, 03:51:33.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

068881
Today: 254