HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)
(National Anti-Financial Crime Centre)
TARIKH KEMASKINI
- Tarikh Kemaskini: 27 Jan 2023
STATISTIK PELAWAT
Jumlah Pelawat : 29707
Sepertimana yang telah diumumkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 14 Oktober 2022, Pusat Respons Scam Kebangsaan (National Scam Response Centre, NSRC) telah ditubuhkan sebagai pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian. Tindak balas ini termasuk pengesanan dana yang dicuri secara lebih cepat dan pengambilan tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.
NSRC merupakan usaha sama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre, NFCC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta institusi kewangan dan industri telekomunikasi. NSRC menghimpunkan sumber dan kepakaran daripada kesemua pihak ini bagi membanteras penipuan kewangan dengan lebih cepat dan berkesan.
Tumpuan NSRC adalah pada penipuan kewangan dalam talian – iaitu kes di mana mangsa menyedari bahawa wang dalam akaun bank mereka telah dipindahkan tanpa pengetahuan serta kes di mana mangsa telah diperdaya untuk memindahkan wang mereka melalui perkhidmatan kewangan dalam talian.
Di antara kaedah penipuan ini termasuk memancing data (phishing), Macau scam, serangan perisian hasad (malware), penipuan penghantaran barangan atau bungkusan (parcel scam) dan love scam.
Mangsa penipuan digalakkan menghubungi talian khusus (hotline) bank-bank mereka atau NSRC melalui talian 997. Sila rujuk Soalan 3 tentang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mendapatkan bantuan, dan Soalan 11 untuk kaedah menghubungi hotline bank anda.
Selepas mendapat laporan, NSRC akan menyelaraskan tindak balas oleh agensi penguatkuasaan undang-undang, institusi kewangan dan syarikat perkhidmatan telekomunikasi bagi:
Jika anda menjadi mangsa penipuan, sila ambil langkah-langkah yang berikut untuk melindungi diri anda dan mangsa lain.
Tidak.
Hotline 997 NSRC ialah nombor tindak balas kecemasan untuk membantu mangsa yang baru menyedari bahawa wang dalam akaun bank mereka telah dipindahkan tanpa pengetahuan. Ia bukan pusat hubungan untuk membuat aduan.
Sekiranya akaun bank anda telah disekat, sila hubungi bank anda untuk menjelaskan situasi sebenar yang dihadapi. Akaun anda mungkin disekat kerana disyaki telah digunakan oleh penjenayah sebagai akaun keldai (mule account).
Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau maklum balas mengenai akaun bank anda, anda perlu mengemukakan aduan tersebut kepada unit aduan bank anda. Butiran unit aduan boleh didapati di bnm.gov.my/regulations/fsp-directory.
Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan maklum balas yang diberikan oleh unit aduan bank anda, anda boleh mengemukakan aduan berkenaan ke BNM TELELINK di pautan bnm.gov.my/LINK
Apabila membuat laporan (kepada bank anda, hotline 997 NSRC atau di balai polis), anda perlu memastikan anda mempunyai maklumat yang berikut:
Anda juga perlu bersedia untuk memberikan sebarang bukti kepada PDRM, contohnya tangkap skrin (screenshots) perbualan dengan penjenayah.
Perlu ditekankan bahawa pihak NSRC, PDRM, BNM atau institusi perbankan hanya akan menghubungi anda sekiranya anda sudah membuat laporan insiden penipuan kepada pihak tersebut. Pihak tersebut tidak akan sama sekali meminta maklumat perbankan peribadi anda, contohnya nama pengguna (username), kata laluan, nombor PIN, TAC atau OTP.
Sekiranya anda telah melaporkan kes kepada bank anda atau hotline 997 NSRC, anda perlu pergi ke balai polis berdekatan secepat mungkin untuk membuat laporan polis.
Selepas membuat laporan polis, pegawai siasatan PDRM yang ditugaskan kepada kes anda akan memberikan nombor telefon mereka untuk dihubungi. Pegawai siasatan mungkin akan menghubungi anda untuk mendapat maklumat lanjut bagi membantu agensi penguatkuasaan undang-undang mengambil tindakan terhadap penjenayah. Contohnya:
Anda boleh membuat semakan susulan mengenai kes anda dengan:
Sekiranya anda perlu dihubungi, NSRC, pihak polis atau bank anda tidak akan sama sekali meminta maklumat perbankan peribadi anda, contohnya nama pengguna (username), kata laluan, nombor PIN, TAC atau OTP.
Sekiranya anda telah melaporkan kes kepada bank anda, anda tidak perlu membuat laporan sekali lagi kepada NSRC. Pihak bank akan bekerjasama dan terus menghubungi pihak NSRC sekiranya perlu.
Ya.
Selain memaklumkan kepada bank anda atau NSRC, anda juga perlu membuat laporan polis. Tindakan ini penting bagi membolehkan pihak polis memulakan siasatan rasmi.
Bagi memastikan tindakan segera diambil, hubungi bank anda atau hotline 997 NSRC terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis di balai polis berdekatan.
Anda boleh terus menghubungi bank anda melalui hotline bank yang beroperasi 24 jam setiap hari.
Sekiranya anda telah melaporkan kes kepada bank anda, anda tidak perlu membuat laporan sekali lagi kepada NSRC.
Sekiranya anda perlu dihubungi, NSRC, pihak polis atau bank anda tidak akan sama sekali meminta maklumat perbankan peribadi anda, contohnya nama pengguna (username), kata laluan, nombor PIN, TAC atau OTP.
Anda boleh terus menghubungi bank anda melalui hotline bank yang beroperasi 24 jam setiap hari.
Sekiranya anda telah melaporkan kes kepada bank anda, anda tidak perlu membuat laporan sekali lagi kepada NSRC.
Anda boleh mendapatkan nombor hotline bank 24/7 di belakang kad bank anda atau melalui laman sesawang bank tersebut.
Selain itu, anda juga boleh merujuk senarai nombor hotline bank-bank melalui https://www.abm.org.my/directory.
Sekiranya anda telah melaporkan kes kepada bank anda, anda tidak perlu membuat laporan sekali lagi kepada NSRC.
Sekiranya anda perlu dihubungi, NSRC, pihak polis atau bank anda tidak akan sama sekali meminta maklumat perbankan peribadi anda, contohnya nama pengguna (username), kata laluan, nombor PIN, TAC atau OTP.
Tidak perlu. Sekiranya anda menyedari berlakunya transaksi yang tidak dibenarkan atau tidak disedari dalam akaun bank anda, segera hubungi hotline bank atau hubungi talian hotline NSRC iaitu 997. NSRC telah mengambil alih fungsi yang dahulunya dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (Commercial Crime Investigation Department, CCID) Scam Response Centre.
Semasa membuat laporan kes kepada CCID Scam Response Centre, mereka akan meminta anda membuat laporan polis. Oleh itu, anda boleh membuat semakan susulan kes dengan menyemak status laporan polis anda secara dalam talian melalui https://sso.rmp.gov.my atau menghubungi pegawai siasatan PDRM yang ditugaskan kepada kes anda.
Tidak.
Hotline 997 NSRC ialah nombor tindak balas kecemasan dan bukan pusat hubungan untuk membuat semakan susulan kes.
Anda boleh membuat semakan susulan kes anda dengan cara:
Tindakan segera menghubungi bank anda atau hotline 997 NSRC sebaik sahaja anda sedar yang anda telah ditipu adalah sangat penting. Tindakan segera ini boleh membantu anda mengurangkan kerugian selanjutnya yang mungkin dialami, walaupun tiada jaminan bahawa anda akan mendapat semula wang anda. Oleh itu, adalah penting untuk anda melengkapi diri dengan pengetahuan tentang jenis-jenis penipuan dan cara untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan. Sila layari Facebook Amaran Scam melalui www.facebook.com/AmaranPenipuan atau laman sesawang bank-bank anda untuk maklumat lanjut mengenai ini.
Sebaik sahaja anda membuat laporan, NSRC akan cuba membuat sekatan segera terhadap dana yang dicuri dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.
Anda boleh membuat semakan susulan kes anda dengan cara:
Untuk maklumat lanjut tentang jenis-jenis penipuan dan cara mengelakkan diri daripada diperdaya, sila layari Facebook Amaran Scam melalui www.facebook.com/AmaranPenipuan atau laman sesawang bank-bank anda.
Dikemaskini setakat 14 Oktober 2022
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)
(National Anti-Financial Crime Centre)
Jumlah Pelawat : 29707