Soalan Lazim
Image
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Perutusan Ketua Pengarah

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Syukur ke hadrat Illahi di atas kejayaan penubuhan sebuah agensi kerajaan baru yang berfungsi sebagai pusat pencegahan jenayah kewangan yang mana ia adalah  sebagai platform bagi kerjasama dan permuafakatan di antara agensi-agensi penguat kuasa di negara ini. Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web rasmi National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) atau Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.

Ancaman jenayah kewangan pada masa ini adalah boleh dikatakan membimbangkan. Akibat kleptokrasi negara kehilangan berbilion ringgit akibat jenayah kewangan seperti rasuah, pengubahan wang haram, serta pelarian cukai pendapatan, pengelakan cukai dan duti kastam, penyeludupan barang larangan seperti rokok dan minuman keras, penyalahgunaan subsidi barang seperti LPG, diesel dan minyak masak, dan penyalahgunaan insentif cukai di zon bebas cukai. Reputasi negara akan tercalar jika negara tidak mengendahkan atau gagal menangani aktiviti jenayah kewangan dan jenayah rentas sempadan tersebut.

Jenayah kewangan yang semakin kompleks dan dinamik di era digital dan teknologi canggih termasuk cyber crime memerlukan keupayaan lebih canggih dan sophisticated, terutama dalam kapasiti agensi pegawai dan penggemblengan usaha agensi penguatkuasa serta peralatan, kaedah, mahupun instrument yang ada.

Atas komitmen Kerajaan, Rang Undang-Undang (RUU) Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional atau National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Oktober 2019. Pembentangan bacaan pertama Rang Undang-Undang NFCC di Dewan Rakyat telah dibuat pada 8 Oktober dan pada 10 Oktober 2019 untuk bacaan kali kedua.

NFCC akan berfungsi sebagai suatu platform strategik dan holistik di peringkat nasional dan antarabangsa selaras dengan manifestasi dan komitmen kerajaan dalam menangani jenayah kewangan pada masa kini. Diharapkan usaha ini mendapat sokongan seluruh agensi penguat kuasa undang-undang dan RAKYAT MALAYSIA.

Selamat melayari Portal NFCC.

 

Sekian, terima kasih.

KETUA PENGARAH NFCC

Dato’ Seri Hj. Mustafar Bin Hj. Ali

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 02 Disember 2024, 03:51:33.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

078827
Today: 215