Soalan Lazim
Image
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Piagam Pelanggan

  • Mendidik masyarakat dalam ilmu jenayah kewangan

  • Mendapatkan dan memelihara sokongan masyarakat dalam usaha pencegahan jenayah kewangan

  • NFCC komited untuk memberi perkhidmatan yang profesional dan memberi penekanan kepada kriteria berikut : Berlunaskan undang-undang dan tepat dalam membuat keputusan

 

 

Carta Organisasi

 

 

Visi dan Misi

VISI

Malaysia yang lebih selamat dengan menangani jenayah kewangan berimpak tinggi melalui tindakan bersepadu "seluruh kerajaan"

MISI

 

Mengurangkan ancaman jenayah kewangan berimpak tinggi melalui kolaborasi dan tindakan pelbagai dimensi : 

  • Menemukan : Data komprehensif dan analisis bersama untuk mengenal pasti bidang berisiko tinggi, sasaran utama dan pembolehubah yang umum.

  • Menyelaras : Operasi bersepadu, cadangan dasar holistik dan program pencegahan bersama.

  • Melindungi : Pengurusan dan nasihat terpusat mengenai pengurusan aset yang disita dan dilucut hak.

 

Fungsi Jawatankuasa Eksekutif

 

  • Untuk menentukan hala tuju Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional dalam mencegah jenayah kewangan

  • Untuk meluluskan dan memantau mana-mana operasi bersepadu

  • Untuk membuat syor kepada Lembaga Penasihat mengenai perkara yang berhubungan dengan pencegahan jenayah kewangan

  • Untuk menentukan polisi operasi yang berhubungan dengan operasi bersepadu dan sistem data berpusat dan untuk memberi perundingan mengenai garis panduan bagi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional

  • Untuk membangunkan hala tuju strategik dan perancangan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional

  • Untuk memastikan pelaksanaan nasihat oleh Lembaga Penasihat

  • Untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang perlu atau suai manfaat untuk melaksanakan sepenuhnya atau bagi menjalankan peruntukan Akta ini

Fungsi Lembaga Penasihat

  • Untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek yang berhubungan dengan jenayah kewangan

  • Untuk menasihati Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional mengenai hala tuju dan perancangan strategiknya

  • Untuk menimbang teliti dan membuat keputusan atas syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan jenayah kewangan

  • Untuk memudah cara kerjasama antara Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional, Entiti Kerajaan dan agensi penguat kuasa bagi pencegahan jenayah kewangan

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 02 Disember 2024, 03:51:33.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

078565
Today: 487