Soalan Lazim
Image
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Sistem Data Berpusat

1. Apakah tujuan NFCC membangunkan suatu sistem data berpusat?

 

Tujuan NFCC membangunkan sistem data berpusat adalah kerana sebelum ini tiada satu entiti kerajaan atau agensi penguatkuasa yang mempunyai pangkalan data berpusat bagi tujuan mengumpul maklumat-maklumat berkaitan jenayah kewangan. Dengan adanya pangkalan data ini, ia dapat mempercepatkan proses kerja dan bukan sahaja dapat membantu pihak NFCC dalam melaksanakan mandatnya tetapi membantu agensi penguatkuasa yang lain dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih efisien, cekap dan berkesan. Secara ringkasnya sistem ini akan dibangunkan kerana terdapatnya keperluan bagi mewujudkan satu mekanisme bagi pengumpulan dan perkongsian maklumat dalam kalangan entiti kerajaaan dan agensi penguat kuasa tempatan dan ia boleh dianggap sebagai satu agenda nasional memandangkan ia memberi manfaat dan mendatangkan faedah kepada entiti kerajaan dan agensi penguat kuasa secara amnya.

 

2. Bagaimana pihak NFCC memastikan kerahsiaan maklumat-maklumat yang diperolehi.

 

Maklumat-maklumat yang diperolehi digunakan untuk tujuan profiling dan analisa bagi melaksanakan fungsi dan tanggungjawab NFCC dalam operasi bersepadu di samping perkongsian brsama dengan agensi penguatkuasaan tertakluk kepada peruntukan seksyen 18 RUU NFCC 2019.

Takrif Jenayah Kewangan Dan Penubuhan NFCC

1. Apakah itu National Anti-Financial Crime Centre (NFCC) / Pusat Pencegahan Anti-Jenayah Kewangan Nasional

 

NFCC ditubuhkan sebagai sebuah agensi kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri. Ia berperanan sebagai koordinator dan penyelaras kepada Agensi-Agensi Penguatkuasaan di Malaysia seperti Bank Negara, SPRM, PDRM, JKDM, SSM, LHDN, KPDNHEP dan LOFSA bagi menangani isu-isu berkaitan jenayah kewangan secara bersepadu.

 

2. Apakah maksud tafsiran "Financial Crime" atau "Jenayah Kewangan"?

 

Financial Crime” ditafsirkan di bawah seksyen 2 sebagai mana-mana kesalahan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Walaubagaimanapun, Akta NFCC akan memberikan Menteri kuasa untuk memasukkan apa-apa kesalahan jenayah sebagai jenayah kewangan baharu sebagai tambahan kepada kesalahan yang disenaraikan di bawah Jadual Kedua AMLA. Menteri boleh melakukan ini dengan mengeluarkan satu perintah.

 

3. Kenapakah NFCC perlu ditubuhkan?

 

Penubuhan NFCC adalah suatu dimensi koordinasi dan kolaborasi pelbagai agensi penguat kuasa dan entiti kerajaan terbabit dalam membanteras jenayah kewangan. NFCC adalah sebuah agensi kerajaan yang diwujudkan dan berfungsi sebagai suatu platform strategik dan holistik di peringkat nasional selaras dengan manifestasi dan komitmen kerajaan dalam menangani jenayah kewangan.

 

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 02 Disember 2024, 03:51:33.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

075858
Today: 296