Select your language

Select your language

Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Select your language

Soalan Lazim
Image
Image
Image

BENGKEL MEMUKTAMADKAN CADANGAN PINDAAN KEPADA AKTA 822

BUKIT FRASER, 20 Mei – Bahagian Undang-Undang (BUU) dengan kerjasama Bahagian Integrasi dan Tadbir Urus Aset Rampasan (BITARA) menganjurkan Bengkel Memuktamadkan Cadangan Pindaan kepada Akta 822 bertempat di Pusat Latihan Awam Kementerian Pertahanan (PLATIH), Bukit Fraser, Pahang.

Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk meneliti, memperhalusi, dan memuktamadkan draf Rang Undang-Undang (RUU) (Pindaan) Akta 822 bagi Dasar Pengurusan Harta Yang Disita dan Dilucut Hak. Pindaan ini amat penting bagi memasukkan peruntukan khusus mengenai pengurusan harta yang disita dan dilucuthak, selaras dengan syor-syor yang telah dipersetujui oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara.

Selain itu, bengkel ini bertujuan untuk mengenal pasti dan memperbaiki sebarang kelemahan atau pertindihan dalam draf tersebut. Langkah ini bagi memastikan undang-undang yang dirangka adalah jelas, teratur, tidak bercanggah dengan akta lain, serta sedia untuk dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi proses semakan lanjut

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 10 Ogos 2026, 04:01:04.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

431836
Today: 385