CYBERJAYA, 23 Julai 2026 – Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) Bilangan 1/2026 telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri (KDN). Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), YDH CP Dato' Rusdi Mohd Isa; Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, serta wakil daripada agensi peneraju NSRC iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), bersama wakil agensi-agensi NSRC seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), serta CyberSecurity Malaysia (CSM).
Mesyuarat ini antara lain membincangkan komitmen dan inisiatif bagi memperkukuh koordinasi, tindakan bersepadu serta penyampaian mesej yang lebih berkesan dalam usaha melindungi masyarakat daripada ancaman jenayah penipuan yang semakin berleluasa.
#NFCC #NSRC #997 #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #JanganKenaScam