Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

FORUM MENYINGKAP DUNIA JENAYAH KEWANGAN DIGITAL: ALAT DAN TAKTIK PENYIASATAN

SANDAKAN, 12 November 2025 – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menganjurkan Forum Menyingkap Dunia Jenayah Kewangan Digital : Alat dan Taktik Penyiasatan bertempat di Livingston Hotel, Sandakan. Forum ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC. Forum ini merangkumi dua sesi iaitu sesi plenari dan forum. Sesi Taklimat Berhubung Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan Sesi Taklimat Berhubung Pembukaan Kertas Siasatan AMLA dianjurkan bagi meningkatkan pemahaman serta kecekapan peserta dalam melaksanakan tanggungjawab berkaitan pencegahan jenayah kewangan. Melalui taklimat mengenai AMLA, peserta diberi pendedahan menyeluruh mengenai peruntukan undang-undang, obligasi pematuhan dan mekanisme kawal selia yang menjadi asas kepada usaha membanteras pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Sesi ini juga membantu memastikan setiap agensi dan individu yang terlibat dapat melaksanakan peranan mereka secara konsisten dan mengikut piawaian yang ditetapkan. 

Manakala Forum Menyingkap Dunia Jenayah Kewangan Digital: Alat dan Taktik Penyiasatan bertujuan membuka ruang perbincangan mendalam mengenai ancaman jenayah kewangan dalam era digital serta kaedah penyiasatan moden yang digunakan oleh pihak berkuasa. Melalui forum ini, peserta diberikan pendedahan tentang perkembangan terkini dalam modus operandi penjenayah siber, termasuk penggunaan teknologi baharu, platform digital dan rangkaian kewangan yang kompleks. Di samping itu, forum ini memperkenalkan pelbagai alat analitik, teknik forensik digital dan pendekatan penyiasatan rentas agensi yang dapat meningkatkan keberkesanan penyiasatan jenayah kewangan. Forum ini juga berperanan memperkukuh kefahaman peserta mengenai kepentingan kerjasama strategik antara agensi penguatkuasaan, sektor kewangan dan penyedia teknologi dalam membanteras jenayah kewangan digital secara menyeluruh dan bersepadu.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Rabu 19 November 2025, 15:27:58.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

233005
Today: 316