PUTRAJAYA, 12 Disember 2025 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC bersama Pengarah Kanan NFCC serta pegawai kanan NFCC telah menerima kunjungan hormat oleh delegasi National Economic Crime (NECC) of National Crime Agency. Delegasi ini telah dihadiri oleh NECC AML Expert Cadre HMRC, HMRC Fiscal Crime Liason Officer, BHC KL, dan Illicit Finance Policy, BHC Singapore.
Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan peluang kerjasama strategik antara NFCC dan NECC terutama dalam usaha memantapkan jaringan kolaborasi rentas negara. Perbincangan turut menumpukan kepada isu-isu pembanterasan jenayah kewangan, termasuk pengesanan transaksi mencurigakan, penyalahgunaan sistem kewangan, serta taktik baharu jenayah siber.
Selain itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berkenaan pengurusan aset, pemerkasaan mekanisme perkongsian maklumat, serta potensi program edukasi dan latihan bagi pegawai penyiasat dalam meningkatkan keupayaan penyiasatan jenayah kewangan yang semakin kompleks.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya
Emel: nfcc@jpm.gov.my
Telefon: (03) 8861 3830
TARIKH KEMASKINI
Tarikh Kemaskini: Isnin 05 Januari 2026, 08:27:11.