𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀, 𝟐𝟔 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 – NFCC diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Mohd. Jamil bersama Tuan Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah, serta pegawai kanan NFCC telah menerima kunjungan daripada Professor Datin Dr. Norazida Mohamed, Assistant Vice Chancellor (International), Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama delegasi pegawai UiTM.
Kunjungan tersebut disusuli dengan pembentangan Laporan Akhir Projek Penyelidikan bertajuk "Model Pengagihan Hasil Pelucuthakan Aset Jenayah: Ke Arah Insentif Berasaskan Prestasi dan Tadbir Urus Baik." Turut hadir ialah wakil daripada Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN), SPRM, Ps Naizatul Siza Mansor.
NFCC komited memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha membanteras jenayah kewangan dan memperkasa tadbir urus negara.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya