PUTRAJAYA, 16 Jun 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Transparency International Malaysia (TI-M) yang diketuai oleh Pengerusi Transparency International, Mr. Francois Valerian, dan Presiden TI-M, Dr. Raymon Ram.
Sesi pertemuan yang dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Sazilee Bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC ini menjadi platform penting untuk berkongsi perkembangan agensi dalam menerajui koordinasi penguatkuasaan jenayah kewangan berimpak tinggi di Malaysia.
Selain membincangkan evolusi NFCC sejak penubuhannya di bawah Akta 822, pertemuan ini turut membuka ruang kerjasama strategik dan pertukaran idea antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh integriti serta membanteras jenayah kewangan secara holistik di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Berpaksikan slogan “A New Dimension of Cooperation and Collaboration”, NFCC komited untuk terus memperkasakan sinergi pelbagai agensi demi keselamatan ekonomi negara.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya