PUTRAJAYA, 14 Oktober 2025 – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Integriti dan Governans, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Megat Khairulazhar Khairodin, Ketua Pegawai Korporat (CCO) KTMB di NFCC, Putrajaya.
Kunjungan hormat ini diadakan untuk mengukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua organisasi dalam usaha memerangi jenayah kewangan dan memperkukuh budaya integriti. Pertemuan ini juga diadakan bagi membincangkan potensi kerjasama dalam penganjuran latihan, program kesedaran, dan inisiatif pencegahan jenayah kewangan yang boleh menyumbang kepada peningkatan keupayaan warga kerja KTMB. Selain itu, kunjungan ini menjadi platform untuk berkongsi amalan terbaik dalam tadbir urus integriti serta menyatakan komitmen KTMB dalam menyokong usaha Kerajaan ke arah memastikan persekitaran perniagaan yang lebih telus, beretika dan bebas daripada salah guna kuasa.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya
Emel: nfcc@jpm.gov.my
Telefon: (03) 8861 3830
TARIKH KEMASKINI
Tarikh Kemaskini: Rabu 19 November 2025, 15:27:58.