PUTRAJAYA, 2 Mac 2026 - YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pengarah bahagian dan pegawai kanan NFCC telah menerima kunjungan hormat daripada Pemangku Pengurus Negara, Luno Malaysia.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara industri aset digital dan pihak berkuasa dalam usaha membanteras jenayah kewangan, termasuk pengubahan wang haram, penipuan serta pembiayaan aktiviti haram yang memanfaatkan teknologi kewangan. Pertemuan ini menjadi platform untuk membincangkan aspek pematuhan terhadap rangka kerja perundangan dan kawal selia sedia ada, khususnya berkaitan keperluan Anti-Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT), di samping membolehkan kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai trend semasa jenayah kewangan melibatkan aset digital serta pendekatan pemantauan transaksi mencurigakan. Secara keseluruhannya, kunjungan ini mencerminkan komitmen Luno Malaysia untuk beroperasi secara telus, berintegriti dan selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memperkukuh keselamatan serta kestabilan sistem kewangan negara.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya