SANDAKAN, 13 November 2025 – YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah mengetuai lawatan kerja Ahli Jawatankuasa Eksekutif (JKE) NFCC ke Zon Maritim Sandakan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sandakan. Sepanjang lawatan, Ahli JKE telah diberi taklimat komprehensif mengenai struktur organisasi, peranan strategik, serta operasi harian APMM Sandakan, termasuk aktiviti rondaan maritim, pengawasan perairan, serta tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan haram seperti penyeludupan, pencerobohan perairan, dan aktiviti perikanan haram.
Lawatan kerja ini juga memberikan peluang kepada Ahli JKE untuk meninjau kemudahan operasi dan aset maritim yang digunakan, termasuk kapal pengawal, peralatan komunikasi, serta teknologi pengawasan yang digunakan bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan di zon maritim Sandakan.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya
Emel: nfcc@jpm.gov.my
Telefon: (03) 8861 3830
TARIKH KEMASKINI
Tarikh Kemaskini: Rabu 19 November 2025, 15:27:58.