Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

LAWATAN RASMI OLEH YBHG. DATUK MENTERI KOMUNIKASI KE PUSAT RESPONS PENIPUAN KEBANGSAAN (NSRC)

CYBERJAYA, 15 Disember 2025 - Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC, YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC, pegawai kanan NFCC, serta pegawai - pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Bank Negara Malaysia (BNM) telah menerima kunjungan lawatan daripada YBhg. Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi di MCMC Tower 2.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau keupayaan dan kesiapsiagaan operasi NSRC, di samping memperkukuh kerjasama strategik serta penyelarasan antara agensi dalam usaha menangani isu penipuan, scam dan jenayah kewangan secara lebih bersepadu dan berkesan di peringkat kebangsaan. Kerjasama rentas agensi ini diharapkan dapat meningkatkan keberkesanan respons pantas, perkongsian maklumat serta perlindungan kepada orang awam daripada ancaman jenayah kewangan yang semakin kompleks.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 05 Januari 2026, 08:27:11.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

271593
Today: 1,166