CYBERJAYA, 3 Mac 2026 - YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Menara 2, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Majlis turut menyaksikan penyerahan rasmi fungsi dan pelaksanaan NSRC daripada YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), kepada YDH Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara, mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai agensi peneraju NSRC di bawah penyelarasan dan kawal selia Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Melalui penstrukturan baharu ini, PDRM menerajui aspek operasi dan penguatkuasaan dengan sokongan bersepadu daripada MCMC, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh tindakan bersepadu membanteras jenayah penipuan dalam talian serta memastikan respons yang lebih pantas dan berkesan terhadap aduan mangsa.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya