πππππππππ, ππ πππ ππππ - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC Bil. 2/2026 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Pengerusi Lembaga Penasihat NFCC.
Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC bertindak dalam menasihati NFCC mengenai hala tuju dan perancangan strategiknya di samping memperkukuh usaha pencegahan jenayah kewangan negara.
Mesyuarat turut dihadiri oleh Anggota Lembaga Penasihat seperti YBhg. Datoβ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC, YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq bin Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, YBhg. Datoβ Marzunisham bin Omar, Timbalan Gabenor BNM, YBhg. Tan Sri Datoβ Sri Haji Azam bin Baki, dan YBhg. Datoβ Ts. Dr. Amirudin Abdul Wahab.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya