INDONESIA, 𝟐𝟗–𝟑𝟎 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔 - NFCC menyertai 𝘙𝘦𝘨𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘌𝘹𝘱𝘦𝘳𝘵𝘴 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘔𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘰𝘯 𝘖𝘯𝘭𝘪𝘯𝘦 𝘚𝘤𝘢𝘮𝘴 anjuran 𝙐𝙣𝙞𝙩𝙚𝙙 𝙉𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣𝙨 𝙊𝙛𝙛𝙞𝙘𝙚 𝙤𝙣 𝘿𝙧𝙪𝙜𝙨 𝙖𝙣𝙙 𝘾𝙧𝙞𝙢𝙚 (UNODC) di Jakarta, Indonesia.
Malaysia diwakili oleh Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam sesi pembentangan, pegawai NFCC yang diwakili oleh Bahagian Operasi Bersepadu (BOB) berkongsi peranan organisasi di bawah Akta 822, pendekatan kerjasama antara agensi, pembangunan data serta inisiatif Aplikasi Scamora dalam memperkukuh usaha pencegahan dan penguatkuasaan jenayah kewangan dalam talian.
Penyertaan ini memperkukuh kerjasama serantau serta memperluaskan perkongsian maklumat dan amalan terbaik dalam menangani ancaman online scam di peringkat antarabangsa.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya