PUTRAJAYA, 15 Jun 2026 - NFCC telah menganjurkan Program Ceramah Integriti dan Sesi Familiarisasi Pegawai Baharu NFCC.
Pengisian Program Integriti merangkumi Ceramah Integriti Bilangan 1 Tahun 2026 bertajuk “Rasuah Di Kalangan Penjawat Awam, Majlis Tandatangan Kod Etika dan Tatakelakuan Tahun 2026 serta Lafaz Ikrar Bebas Rasuah.
Turut diadakan adalah pembentangan fungsi bahagian bagi menyambut pegawai baharu yang melapor diri antara Januari hingga Jun 2026.
Tahniah kepada seluruh jawatankuasa kerja yang dilantik atas usaha menjayakan program ini. Semoga prinsip integriti dan profesionalisme ini terus dihayati demi keselamatan ekonomi negara!
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya