KUALA LUMPUR, 1 Disember 2025 - NFCC telah menyertai Program Kempen Kesedaran Terhadap Pelaburan Haram ‘#scamalertssm’ anjuran oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia yang telah diadakan di Menara SSM@KL Sentral. Penglibatan NFCC ini sebagai wakil pempamer NSRC dalam mempromosikan talian 997 di dalam program tersebut.
Selain itu, SSM turut menganjurkan satu sesi forum yang bertajuk Bendung Pelaburan Haram: Modus Operandi & Solusi. Sesi forum tersebut telah membincangkan antara lainnya trend dan statistik penipuan terkini serta fungsi dan peranan NSRC. Sesi forum dijayakan oleh wakil-wakil daripada SSM, PDRM, BNM dan SKMM.
#NSRC #997 #Jangankenascam
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya
Emel: nfcc@jpm.gov.my
Telefon: (03) 8861 3830
TARIKH KEMASKINI
Tarikh Kemaskini: Isnin 08 Disember 2025, 01:59:01.