Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

PROGRAM MEGA KARNIVAL KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) 2025

PUTRAJAYA, 6 Disember 2025  - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) sebagai salah satu peneraju Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) telah menyertai Program Mega Karnival Kempen Internet Selamat (KIS) 2025 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)  di IOI Grand Hall & Convention Centre, Putrajaya. Penglibatan NSRC dalam program ini sebagai pempamer dan merupakan entiti yang bertanggungjawab membuat penyelarasan respons segera terhadap insiden penipuan kewangan, penerimaan dan pengesanan laporan scam, pelaksanaan tindakan pantas ‘kill switch’, serta usaha kerjasama antara agensi dalam membanteras jenayah penipuan dalam talian.

Program ini bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Program ini turut memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai pelbagai ancaman siber semasa seperti penipuan dalam talian, jenayah siber, penyalahgunaan data peribadi serta risiko keselamatan digital. Program ini telah menarik minat seramai 2,000 pengunjung, sekali gus menunjukkan sambutan yang amat menggalakkan. Diharapkan agar program ini dapat memupuk budaya keselamatan internet dalam kalangan semua lapisan masyarakat, khususnya kanak-kanak, remaja dan ibu bapa, melalui pendekatan pendidikan dan aktiviti interaktif, sekali gus menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak dalam mewujudkan persekitaran digital yang selamat dan berdaya tahan.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 08 Disember 2025, 01:59:01.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

250760
Today: 497