Alor Setar, 20 April – NFCC telah mengadakan sesi perkongsian ilmu yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC ke atas YBrs. Puan Zulfatul Husna binti Zakaria, Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah.
Tujuan sesi perkongsian ilmu ini adalah untuk mewujudkan platform bagi membolehkan pihak NFCC dan kerajaan Negeri bertukar-tukar fikiran berhubung peletakhakan harta tak alih yang dimohon oleh agensi-agensi penguat kuasa kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan serta isu-isu berbangkit. Sehubungan itu, NFCC telah memberi taklimat berhubung peranannya dalam menguruskan harta yang disita dan dilucuthak dan seterusnya disusuli dengan taklimat oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah berhubung prosedur bagi melaksanakan peletakhakan yang dimohon oleh agensi penguat kuasa, serta isu-isu berbangkit termasuklah bagi tanah-tanah yang telah dikecualikan dari pemakaian Kanun Tanah Negara menurut subseksyen 4(2) Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 828].
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya