PUTRAJAYA, 27 Februari 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menganjurkan program Semarak Ramadhan: Bacaan Yaasin & Ceramah “Seronok Berpuasa, Seronok Bekerja” yang telah dihadiri oleh warga NFCC dan juga turut serta warga Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), dan Unit Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan (UJKT) bagi mengimarahkan majlis. Majlis ini juga dilengkapkan dengan ceramah “Seronok Berpuasa, Seronok Bekerja” yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Hasli bin Othman, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Tujuan program ini diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan melalui pengisian kerohanian dan motivasi yang bermanfaat, di samping memohon keberkatan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga jabatan. Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan semangat warga kerja untuk mengekalkan prestasi yang cemerlang serta mengimbangi tuntutan ibadah puasa dengan tanggungjawab profesional secara berdisiplin dan positif.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya