Putrajaya, 21 Julai 2026 - Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil dan Pegawai-Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Eksekutif Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), YBhg. Ir. Dr. Megat Zuhairy bin Megat Tajuddin.
Perjumpaan ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama menangani jenayah kewangan serta memberi penerangan mengenai pengoperasian sistem NFIS bagi menyokong risikan operasi bersepadu.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya