PUTRAJAYA, 17 November 2025 – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pengarah Kanan NFCC serta pegawai kanan NFCC telah menerima kunjungan daripada wakil Malaysia Luxury Goods Inspection Association (MLGIA) untuk mengadakan pembentangan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak MLGIA. Sesi pembentangan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran mengenai perkhidmatan pemeriksaan, pengesahan dan pengurusan barangan mewah.
Sesi pembentangan ini telah disampaikan oleh YBrs. Puan Samantha Loh Ann Ya, Presiden MLGIA yang menerangkan pendedahan kepada peserta mengenai perkhidmatan, kepakaran, dan prosedur yang ditawarkan oleh Malaysia Luxury Goods Inspection Association (MLGIA) dalam bidang pemeriksaan dan pengesahan barangan mewah. Selain itu, dapat memahami standard penilaian, teknik pemeriksaan, serta amalan terbaik yang diguna pakai bagi memastikan keaslian, kualiti dan keselamatan barangan mewah. Sesi ini juga menyediakan platform untuk membina kesedaran tentang kepentingan pengesahan profesional dalam industri barangan mewah, meningkatkan keyakinan pengguna dan pihak berkepentingan, serta menggalakkan amalan perdagangan yang telus dan berintegriti.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya
Emel: nfcc@jpm.gov.my
Telefon: (03) 8861 3830
TARIKH KEMASKINI
Tarikh Kemaskini: Rabu 19 November 2025, 15:27:58.