KUCHING, 25 Februari 2026 - NFCC telah mengadakan satu Taklimat Mengenai Dasar Pengurusan Harta Yang Disita Dan Dilucuthak Dan Cadangan Pindaan Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 [Akta 822] kepada YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar Bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Sarawak di Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak pada 25 Februari 2026. Taklimat ini telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama pegawai-pegawai kanan NFCC.
Susulan daripada beberapa persoalan dan perkara berkaitan yang dibangkitkan oleh pihak Kerajaan Negeri Sarawak semasa taklimat yang disampaikan oleh NFCC kepada YB Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri Bilangan 1 Tahun 2026 pada 10 Februari 2026, NFCC telah mengambil inisiatif dengan mengadakan taklimat bagi memberi penjelasan lanjut berhubung dasar pengurusan harta yang disita dan dilucut hak serta cadangan pindaan kepada Akta 822 bagi memastikan kefahaman yang lebih menyeluruh serta memperincikan isu-isu yang berbangkit.
Adalah diharapkan melalui taklimat yang diadakan, dasar pengurusan harta yang akan dilaksanakan oleh NFCC mendapat sokongan penuh dan kerjasama dari negeri-negeri selaras dengan semangat federalisme seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya