KUANTAN, 13 April 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pegawai kanan NFCC telah mengadakan satu sesi taklimat mengenai Dasar Pengurusan Harta yang Disita dan Dilucut Hak serta Cadangan Pindaan Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional 2019 [Akta 822] kepada YB Dato’ Hajah Aida Munira binti Abdul Rafar, Pengarah Tanah dan Galian Pahang mewakili YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan juga dihadiri oleh wakil-wakil pengurusan tertinggi daripada pelbagai agensi negeri Pahang
Taklimat ini bertujuan untuk memberi pencerahan terperinci mengenai kerangka dasar pengurusan harta yang disita dan dilucut hak di bawah bidang kuasa Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC). Sesi ini juga menjadi platform rundingan bagi cadangan pindaan Akta 822 yang akan memberi impak kepada pentadbiran harta di peringkat negeri.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya