Putrajaya, 6 Januari - Bahagian Operasi Bersepadu, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menerima kunjungan hormat daripada Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah. Delegasi ini telah disambut oleh YBrs. Tuan Nordin bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Operasi Bersepadu.
Antara perkara yang telah dikongsikan adalah fungsi dan peranan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC).
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan NFCC kepada pelajar-pelajar sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang jenayah kewangan dan kepentingan pencegahannya dalam kalangan masyarakat.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya