Soalan Lazim
Contact Us
Sitemap
Search

Search

PROGRAM AMBANG RAMADAN DAN SESI PERKONGSIAN ILMU MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN

Putrajaya, 14 Februari - NFCC telah mengadakan majlis bacaan yasin, program Ambang Ramadan dan sesi perkongsian ilmu mengenai pengurusan kewangan.

Kursus Kesedaran Terhadap Jenayah Kewangan Mata Wang Kripto

 
Putrajaya, 5 Februari - Kursus ini dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia (CSM) iaitu dengan menjemput pegawai-pegawai daripada Agensi Penguatkuasa dan beberapa entiti/ agensi kerajaan termasuk daripada Sabah dan Sarawak. Kursus ini telah dilengkapi dengan ucapan kata aluan daripada Ketua Pengarah NFCC, YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil.
 
Tujuan kursus ini adalah bagi memberikan pendedahan tentang elemen asas mata wang kripto, memahami cara mata wang kripto beroperasi dan bagaimana ia boleh dieksploitasi oleh penjenayah kewangan.
 
Selain itu, memberikan pengetahuan tentang pengunaan dan keterimaan matawang kripto di tahap global serta dalam negara. Dalam masa yang sama, kursus ini memberikan pendedahan tentang jenayah melibatkan matawang kripto.

Program Pencegahan Jenayah Kewangan dan Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Dalam Talian (Online Scam) : HATI-HATI, SCAMMER TIDAK MENGENAL LELAH!

Program Pencegahan Jenayah Kewangan dan Kempen Kesedaran Mengenai Penipuan Dalam Talian (Online Scam) bertajuk HATI-HATI, SCAMMER TIDAK MENGENAL LELAH! telah diadakan dengan kerjasama Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) & Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertempat di Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.
 
Program hari ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha dalam meningkatkan kesedaran orang awam khususnya golongan masyarakat Kuala Lumpur tentang kes jenayah penipuan kewangan yang semakin meningkat dan berleluasa.
 
Program ini juga bertujuan untuk membantu orang awam dari terjebak dalam kes berkaitan jenayah penipuan sama ada secara dalam talian atau sebaliknya. Program ini telah dirasmikan oleh wakil Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tuan Haji Mohamad bin Hamim.
 
Turut hadir Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pengarah NFCC, YDH CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia wakil-wakil agensi dari Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Tenaga (ST), Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Pengarah SPRM Sarawak

Kuching, 22 Januari - Lawatan kerja Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) mengakhiri kunjungan hormat yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC ke atas KPKPj Hasbilah bin Mohamad Salleh, Pengarah SPRM Sarawak.
 
Lawatan kerja ini adalah bagi berkongsi maklumat mengenai ancaman jenayah kewangan yang semakin berkembang. Ia juga memberikan peluang untuk mempererat hubungan antara NFCC dan SPRM dalam usaha menangani kes-kes jenayah kewangan dengan lebih terkoordinasi dan berkesan.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak

Wisma Bapa Malaysia, 22 Januari - Lawatan kerja Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) mengakhiri kunjungan hormat pada hari terakhir yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC ke atas YB Datuk Amar Haji Mohamad Abu Bakar bin Marzuki, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak.
 
Lawatan kerja ini adalah bagi memperkukuhkan kerjasama antara NFCC dan kerajaan negeri Sarawak dalam usaha pencegahan jenayah kewangan. Kunjungan ini juga bertujuan membincangkan strategi dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani jenayah kewangan di peringkat negeri, serta meningkatkan kesedaran dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan. Selain itu, ia juga memberikan peluang untuk kedua-dua pihak berbincang tentang potensi kerjasama dalam melindungi integriti dan kemakmuran ekonomi negeri Sarawak daripada ancaman jenayah kewangan.

CONTACT US

National Anti-Financial Crime Centre (NFCC)

Levels 5 & 6, Block 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Precinct 2 62100 Putrajaya

Email: nfcc@jpm.gov.my

Phone: (03) 8861 3830

LAST UPDATED

  • Tarikh Kemaskini: Thursday 06 March 2025, 08:45:17.

EXTERNAL LINKS

VISITOR

113530
Today: 14