PUTRAJAYA, 28 Mei 2025 — YBhg. Dato' Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara telah hadir mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC Bilangan 1 Tahun 2025 pada pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Amin, NFCC, Putrajaya.
Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Sri Shamsun Baharin, Ketua Pengarah NFCC, YBhg. Dato' Marzunisham bin Omar, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, dan YBhg. Dato' Ts. Dr. Haji Amirudin bin Abdul Wahab, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia.
Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC ini merupakan satu platform penting untuk menimbang, meneliti dan membuat keputusan dasar atas syor yang dibuat oleh Jawatankuasa Eksekutif (JKE) NFCC mengenai perkara-perkara berkaitan dengan jenayah kewangan sepertimana yang telah diperuntukkan dalam Akta Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan [Akta 822].
Di dalam ucapan aluan beliau, YBhg. Dato' Peguam Negara turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Ahmad Terrirudin bin Mohd Salleh atas khidmat bakti yang diberikan dalam menjalankan tugas sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat NFCC bermula dari 20 September 2024 sehingga 12 November 2024.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya