Beijing, 24 September - Ketua Pengarah NFCC, YBhg Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, bersama pegawai NFCC, telah menghadiri Fifth Plenary Meeting of the Global Operational Network of Anti-Corruption Law Enforcement Authorities (GlobE Network), yang berlangsung pada 24 September 2024 hingga 27 September 2024 di Beijing, China, anjuran United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) bersama National Commission of Supervision of China.
Pertemuan empat hari ini telah dimulakan dengan sesi pembukaan oleh Mr. John Brandolino,Director, Division for Treaty Affairs UNODC. Pada hari pertama ini juga, turut diadakan forum peringkat tertinggi yang menampilkan wakil daripada agensi pencegahan rasuah, penguatkuasa dan pengamal undang-undang dari seluruh dunia yang berucap serta berkongsikan berkenaan usaha dan pelaksanaan pencegahan rasuah di Negara masing-masing. Dianggarkan seramai 500 orang peserta daripada seluruh Negara telah menghadiri mesyuarat GlobE pada kali ini.
Untuk makluman, satu pertemuan juga telah diadakan bersama pegawai NFCC dan SPRM dengan Mrs. Slagjana Taseva, Dekan dari Akademi Anti-Rasuah Antarabangsa (IACA) dan Mr. Eduard Ivanov, Penyelidik Kanan dari IACA, yang membincangkan mengenai usaha pencegahan dan pendidikan berkaitan rasuah, jenayah kewangan, dan pengurusan aset yang boleh ditawarkan sebagai pembelajaran kursus di IACA.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) (National Anti-Financial Crime Centre) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya
Emel: nfcc@jpm.gov.my
Telefon: (03) 8861 3830
TARIKH KEMASKINI
Tarikh Kemaskini: Selasa 01 Oktober 2024, 02:39:04.