Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN PUSAT RESPONS PENIPUAN KEBANGSAAN (NSRC)

CYBERJAYA, 3 Mac 2026 - YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Menara 2, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Majlis turut menyaksikan penyerahan rasmi fungsi dan pelaksanaan NSRC daripada YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil
Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), kepada YDH Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara, mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai agensi peneraju NSRC di bawah penyelarasan dan kawal selia Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Melalui penstrukturan baharu ini, PDRM menerajui aspek operasi dan penguatkuasaan dengan sokongan bersepadu daripada MCMC, Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh tindakan bersepadu membanteras jenayah penipuan dalam talian serta memastikan respons yang lebih pantas dan berkesan terhadap aduan mangsa.

MESYUARAT LEMBAGA PENASIHAT 1/2026

PUTRAJAYA, 3 Mac 2026 - YBhg. Tan Sri Mohd Dusuki bin Mokhtar, Peguam Negara telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC Bil. 1/2026 bertempat di NFCC, Putrajaya dan telah dihadiri oleh Anggota Lembaga Penasihat iaitu terdiri daripada YBhg. Dato' Sri Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail, Ketua Polis Negara, YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC, dan YBhg. Dato’ Ts. Dr. Amirudin bin Abdul Wahab. 

Mesyuarat Lembaga Penasihat NFCC ini adalah bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan jenayah kewangan serta kerjasama dengan agensi penguat kuasa. 

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira Anis Rizana binti Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin, Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, YBrs. Tuan Shamsul Nizam Khalil, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta beberapa pegawai kanan PDRM, JKDM & KPDN.

KUNJUNGAN HORMAT LUNO MALAYSIA KE NFCC

PUTRAJAYA, 2 Mac 2026 - YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta pengarah bahagian dan pegawai kanan NFCC telah menerima kunjungan hormat daripada Pemangku Pengurus Negara, Luno Malaysia.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik antara industri aset digital dan pihak berkuasa dalam usaha membanteras jenayah kewangan, termasuk pengubahan wang haram, penipuan serta pembiayaan aktiviti haram yang memanfaatkan teknologi kewangan. Pertemuan ini menjadi platform untuk membincangkan aspek pematuhan terhadap rangka kerja perundangan dan kawal selia sedia ada, khususnya berkaitan keperluan Anti-Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT), di samping membolehkan kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai trend semasa jenayah kewangan melibatkan aset digital serta pendekatan pemantauan transaksi mencurigakan. Secara keseluruhannya, kunjungan ini mencerminkan komitmen Luno Malaysia untuk beroperasi secara telus, berintegriti dan selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memperkukuh keselamatan serta kestabilan sistem kewangan negara.

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN: MAJLIS BACAAN YAASIN & CERAMAH “SERONOK BERPUASA, SERONOK BEKERJA”

PUTRAJAYA, 27 Februari 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menganjurkan program Semarak Ramadhan: Bacaan Yaasin & Ceramah “Seronok Berpuasa, Seronok Bekerja” yang telah dihadiri oleh warga NFCC dan juga turut serta warga Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), dan Unit Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan (UJKT) bagi mengimarahkan majlis. Majlis ini juga dilengkapkan dengan ceramah “Seronok Berpuasa, Seronok Bekerja” yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Hasli bin Othman, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Tujuan program ini diadakan bagi mengimarahkan bulan Ramadan melalui pengisian kerohanian dan motivasi yang bermanfaat, di samping memohon keberkatan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga jabatan. Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan semangat warga kerja untuk mengekalkan prestasi yang cemerlang serta mengimbangi tuntutan ibadah puasa dengan tanggungjawab profesional secara berdisiplin dan positif.

MESYUARAT JAWATANKUASA EKSEKUTIF (JKE) BIL. 1 TAHUN 2026

PUTRAJAYA, 26 Februari 2026 – YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) NFCC Bil. 1 Tahun 2026 bertempat di Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan telah dihadiri oleh 23 agensi penguat kuasa.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Khamis 05 Mac 2026, 02:08:39.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

312518
Today: 551