Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (National Anti-Financial Crime Centre - NFCC)

Putrajaya, 30 Mei - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah NFCC. Majlis pada hari ini telah dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Mantan Pengerusi Lembaga Penasihat NFCC selaku saksi, YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, Datuk Bandar Kota Kinabalu yang merupakan Mantan Ketua Pengarah NFCC dan YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC.
 
Tujuan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pengarah NFCC ni diadakan untuk menandai peralihan tanggungjawab penting dalam organisasi NFCC. Majlis ini juga bertujuan untuk memberi penghormatan kepada mantan Ketua Pengarah NFCC serta memperkenalkan Ketua Pengarah NFCC yang baharu bagi memastikan fungsi NFCC dalam memerangi jenayah kewangan dapat diteruskan.

Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah Insolvensi

Putrajaya, 29 Mei - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Tuan Kamal Baharin bin Mohd Omar, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBrs. Tuan M. Bakri bin Abd Majid, Ketua Pengarah Insolvensi di Jabatan Insolvensi Malaysia, Putrajaya.
 
Kunjungan Hormat ini diadakan juga adalah bagi membincangkan berkenaan perkongsian maklumat dan memahami fungsi dan peranan agensi masing-masing.

Ceramah Pemantapan Pengurusan Dokumen Terperingkat

Putrajaya, 29 Mei - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menganjurkan Sesi Pemantapan Pengurusan Dokumen Terperingkat. Tujuan Ceramah Pemantapan Pengurusan Dokumen Terperingkat bertujuan untuk memperkukuh pengurusan dokumen terperingkat dalam organisasi melalui pendekatan yang menyeluruh dan berkesan. Antara objektif utama adalah untuk meningkatkan Kesedaran dan Kepatuhan terhadap peraturan pengurusan dokumen rahsia. 

Kunjungan Hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad

Kuala Lumpur, 27 Mei - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman serta Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datuk Ir. Megat Jalaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad bertempat di Ibu Pejabat Tenaga Nasional Berhad Bangsar, Kuala Lumpur.
 
Antara agenda perbincangan pada sesi kunjungan hormat tersebut ialah bagi memperkukuhkan jalinan kerjasama antara NFCC dan TNB bagi menangani jenayah kewangan dalam aspek operasi bersepadu dan perkongsian data.

Sembang Tamu di MACC.FM

Putrajaya, 27 Mei - YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah menghadiri temubual di Macc.fm SPRM Putrajaya mengenai pengenalan NFCC.
 
Sesi temubual ini bertujuan bagi memberi pengenalan dan pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan dan peranan NFCC dalam membanteras jenayah kewangan.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Khamis 05 Mac 2026, 02:08:39.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

312591
Today: 624