SEPANG, 5 Mei 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan Bengkel Kesedaran Jenayah Mata Wang Kripto di CyberSecurity Malaysia, Cyberjaya. Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 110 orang pegawai penyiasat dari pelbagai agensi jawatankuasa eksekutif NFCC.
Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta mengenai risiko serta ancaman jenayah kewangan yang melibatkan penggunaan aset digital dan mata wang kripto. Bengkel ini memberi pendedahan berkaitan modus operandi penipuan, pengubahan wang haram, penipuan pelaburan digital, serta penyalahgunaan teknologi blockchain yang semakin berkembang.
Selain itu, program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan peserta tentang langkah pencegahan, pematuhan perundangan, dan kaedah pengesanan aktiviti mencurigakan yang berkaitan dengan transaksi mata wang kripto. Melalui perkongsian ilmu dan pengalaman daripada pakar agensi berkaitan, bengkel ini diharap dapat membantu melahirkan pegawai yang lebih peka, berdaya tahan, dan bersedia menghadapi cabaran jenayah kewangan digital masa kini.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya