Select your language

Select your language

Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Select your language

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Takrif Jenayah Kewangan Dan Penubuhan NFCC

1. Apakah peranan utama penubuhan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)?

 

  • Untuk menyelaras dan bekerjasama dalam operasi bersepadu dengan agensi penguat kuasa bagi perkara yang berhubung dengan jenayah kewangan dan untuk menasihati agensi penguat kuasa dalam perkara berkaitan;
  • Untuk menubuhkan, mentadbir dan menyelenggara suatu suatu sistem data berpusat yang berhubung dengan jenayah kewangan; dan
  • Untuk melaksanakan aktiviti yang berhubung dengan pencegahan jenayah kewangan. 

 

2. Apakah maksud tafsiran "Financial Crime" atau "Jenayah Kewangan"?

 

Jenayah kewangan merujuk kepada sebarang aktiviti haram dan penipuan yang berkaitan dengan kewangan dan harta benda bagi mendapatkan hasil yang tidak sah dari segi undang-undang. Kesalahan jenayah kewangan disenaraikan dalam Jadual Kedua Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil dari Aktiviti Haram (AMLA) 

 

3. Apakah kepentingan penubuhan NFCC?

 

Penubuhan NFCC adalah suatu dimensi koordinasi dan kolaborasi pelbagai agensi penguat kuasa dan entiti kerajaan terbabit dalam membanteras jenayah kewangan. NFCC adalah sebuah agensi kerajaan yang diwujudkan dan berfungsi sebagai suatu platform strategik dan holistik di peringkat nasional selaras dengan manifestasi dan komitmen kerajaan dalam menangani jenayah kewangan.

 

 

4. Apakah aktiviti-aktiviti jenayah kewangan?

 

Aktiviti jenayah kewangan boleh dirujuk dalam Jadual ke-2 AMLA dan antara aktiviti jenayah kewangan adalah:

  • Penipuan (scam);
  • Rasuah & sogokan;
  • Pengelakan cukai;
  • Pembiayaan keganasan;
  • Pelaburan yang tidak sah;
  • Penyeludupan;
  • Pengedaran dadah; dan
  • Jenayah alam sekitar 

 

5. Apakah kesan utama pengoperasian NFCC kepada negara?

 

Pengoperasian NFCC penting untuk:

  • Melindungi ekonomi negara;
  • Meningkatkan kepercayaan pelabur;
  • Mengurangkan kerugian kewangan rakyat;
  • Memastikan siste kewangan lebih telus dan selamat; dan
  • Memberi kesedaran kepada rakyat mengenai risiko dan kesan terjebak sebagai mangsa atau terlibat dengan jenayah kewangan.

 

6. Adakah orang awam boleh membuat aduan kepada NFCC berkaitan jenayah kewangan termasuk aduan mengenai penipuan (scam)?

 

  • NFCC TIDAK menerima aduan orang awam. Gerak kerja penyelarasan NFCC adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi dari agensi penguat kuasa menurut kuasa dalam Akta 822;
  •  Mangsa scam perlu membuat aduan kepada:
    • Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997;
    • Polis Diraja Malaysia; dan
    • Talian aduan bank komersil berkenaan.

 

7. Adakah NFCC menjalankan kerjasama dengan agensi BUKAN kerajaan?

 

Ya, NFCC amat menggalakkan kerjasama strategik dengan agensi bukan kerajaan dari aspek pencegahan dan perkongsian maklumat berteraskan kepada enam (6) tonggak Kerajaan MADANI.

 

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 10 Ogos 2026, 04:01:04.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

425783
Today: 233