PUTRAJAYA, 7 Mei 2026 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC bersama Pengarah Kanan serta pegawai kanan NFCC telah menyambut kehadiran Suruhanjaya Kredit Pengguna yang diketuai oleh Tuan Aerie Rahman, Pengarah Penguatkuasaan Suruhanjaya Kredit Pengguna.
Perbincangan ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam usaha membanteras jenayah kewangan serta meningkatkan perlindungan pengguna dalam sektor kredit dan kewangan. Perbincangan ini turut memberi fokus kepada perkongsian maklumat, penyelarasan dasar, dan pengukuhan mekanisme pemantauan bagi menangani isu penipuan kewangan, penyalahgunaan kredit, dan aktiviti kewangan tidak sah.
Selain itu, sesi perbincangan ini bertujuan mengenal pasti peluang kolaborasi dalam aspek kesedaran awam, pendidikan kewangan, dan pemerkasaan pengguna agar masyarakat lebih peka terhadap risiko jenayah kewangan. Kerjasama ini juga diharap dapat menyokong pembangunan ekosistem kewangan yang lebih selamat, telus, dan berintegriti demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi negara.
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya