Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

SESI PILOT DEPLOYMENT SCAMORA & PENUTUPAN SCAMORA EVENT

PUTRAJAYA, 21 November 2025 – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menganjurkan Sesi Pilot Deployment Scamora & Penutupan Scamora Event yang telah dihadiri oleh semua warga NFCC. Sesi ini telah dilengkapi dengan kata aluan oleh YBrs. Pengarah Kanan NFCC serta pembentangan oleh Encik Leo Chen Wai Yang dari Leogics Solutions Sdn Bhd.

Projek Scamora, yang diperkenalkan melalui MyHackathon 2024 Kohort 2 anjuran MOSTI, Cradle dan MyVentures, telah dipilih sebagai pemenang di bawah tema pencegahan penipuan kewangan dan dibangunkan oleh Leogics Solutions. Scamora merupakan aplikasi mudah alih berteknologi AI yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penipuan kewangan dengan menyatukan pelbagai inisiatif agensi dalam satu ekosistem bersepadu. Program berkaitan projek ini dilaksanakan melalui kerjasama dengan Leogics Solutions Sdn. Bhd., termasuk sesi onboarding dalaman peringkat NFCC yang diadakan pada 24 September 2025, diikuti pelancaran Program Scamora yang berlangsung selama tiga minggu sehingga 15 Oktober 2025. Sesi onboarding tersebut bertujuan menguji kefungsian dan kebolehgunaan aplikasi serta mengumpulkan maklum balas daripada warga kerja NFCC. Program pilot deployment yang dijalankan menandakan ujian dalaman telah selesai dan aplikasi telah ditambah baik berdasarkan hasil penilaian; ia juga berperanan sebagai simbolik penutupan Program Scamora serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Program ini turut menumpukan kepada perbincangan antara Ketua Pengarah dan wakil penganjur MyHackathon 2024 (MOSTI, Cradle, MyVentures) mengenai hala tuju masa depan Scamora.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Jumaat 28 November 2025, 09:08:00.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

238135
Today: 636