Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Kunjungan Hormat daripada Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ

30 Julai, Putrajaya - Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia yang diwakili oleh Tn. Muhammad Kifli bin Ma Hassan, Pengarah Kanan Penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bersama beberapa Pegawai Kanan JPJ telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah NFCC, YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil pada 30 Julai 2024.
 
Kunjungan hormat ini telah diadakan untuk membincangkan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dalam bidang penguatkuasaan selain jalinan kerjasama antara pihak NFCC dan JPJ Malaysia.

Sesi Taklimat dan Perbincangan Bersama Ahli-Ahli Dewan Rakyat berkenaan Trend dan Prevalens Jenayah Penipuan atas Talian

Parlimen, 18 Julai - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Tuan Kamal Baharin bin Mohd Omar, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah menghadiri sesi taklimat dan perbincangan bersama Ahli-ahli Dewan Rakyat berkenaan trend dan prevalens jenayah penipuan atas talian dan langkah-langkah serta tanggungjawab di pihak bank-bank dalam membanteras jenayah penipuan atas talian di Parlimen pada jam 1.00 tengahari.
 
Sesi taklimat dan perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YB Tuan M. Kula Segaran, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi). Turut hadir sama YDH DIG Dato’ Sri Ayob Khan Bin Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara bersama YDH CP Dato' Sri Ramli Bin Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil serta Dr Norhana Endut, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan Encik Muzaffar bin Mustaffa, Ketua Jabatan Fraud Telekomunikasi Bahagian Pengurusan Keselamatan Rangkaian & Maklumat dan Pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dalam perbincangan.

Kunjungan Hormat Cybersecurity Malaysia (CSM)

Putrajaya, 5 Julai - Pihak Cybersecurity Malaysia (CSM) telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Pengarah NFCC, YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil. Kunjungan hormat ini telah diadakan untuk membincangkan mengenai kerjasama dalam perkongsian data yang berhubungan dengan pencegahan jenayah kewangan.

Kunjungan Ketua Pengarah NFCC kepada pegawai dan staf SPRM Perak

Perak, 28 Jun - Telah berlangsung kunjungan hormat Ybhg. Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC kepada Pengarah, pegawai dan staf SPRM Negeri Perak.

Pada sesi kunjungan ini, YBhg Dato' Sri telah memberi taklimat berkenaan fungsi dan peranan NFCC serta memberi penerangan berkaitan NSRC 997. Turut diedarkan bahan kempen pencegahan seperti poster NSRC.

Perjumpaan Ketua Pengarah NFCC bersama Ketua Kampung, Belia dan wakil masyarakat Kampung Tanjung Ara dan kampung-kampung di Parit Perak.

Perak, 28 Jun - Sesi perjumpaan telah berlangsung Ketua Pengarah NFCC bersama masyarakat di Kampung-kampung, Parit Perak. Perjumpaan ini telah melibatkan seramai lebih kurang 50 orang yang terdiri daripada ketua-ketua kampung, ketua belia, dan wakil-wakil masyarakat. Pada perjumpaan ini, YBhg Dato' Sri Ketua Pengarah telah mendengar isu dan permasalahan daripada masyarakat di sana yang mahu diketengahkan kepada pihak-pihak yang berwajib dan juga kepada pengetahuan YAB Perdana Menteri.
 
Pada sesi ini juga, YBhg Dato' Sri Ketua Pengarah telah memberi penerangan berkaitan fungsi dan peranan NFCC serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa scam dengan menghubungi talian NSRC 997. Turut diedarkan bahan kempen pencegahan seperti poster NSRC.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Khamis 05 Mac 2026, 02:08:39.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

315729
Today: 110