The NSRC's focus is on online financial fraud – i.e. cases where the victim realizes that money in their bank account has been transferred without their knowledge as well as cases where the victim has been tricked into transferring their money through an online financial service.
Among these fraud methods include data fishing (phishing), Macau scam, malicious software attack (malware), parcel scam and love scam.
Victims of fraud are encouraged to contact their banks' hotline or NSRC via 997. Please refer to Question 3 on the steps to take to get help, and Question 11 on how to contact your bank's hotline.
- prevent the victim from facing further financial loss;
- attempt to trace stolen funds;
- conducting investigations into such fraudulent crimes; and
- take enforcement action against criminals.
Jika anda menjadi mangsa penipuan, sila ambil langkah-langkah yang berikut untuk melindungi diri anda dan mangsa lain.
- Segera hubungi bank anda atau 997. Sekiranya anda menyedari berlakunya transaksi yang tidak dibenarkan atau tidak disedari dalam akaun bank anda, segera hubungi hotline bank anda yang beroperasi 24 jam setiap hari (hotline bank 24/7) atau hubungi talian hotline NSRC iaitu 997 (talian ini boleh dihubungi antara 8.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari, termasuk cuti umum). Anda perlu menghubungi bank anda atau hotline NSRC 997 dengan segera sebaik sahaja mendapati bahawa anda telah ditipu. Tindakan segera ini boleh membantu anda mengurangkan kerugian yang mungkin dialami, walaupun tiada jaminan bahawa anda akan mendapat semula wang anda.
- Buat laporan polis. Selain memaklumkan kejadian ini kepada bank anda atau hotline 997 NSRC, anda perlu membuat laporan polis di balai polis berdekatan secepat mungkin. Tindakan ini penting untuk membolehkan pihak polis memulakan siasatan rasmi. Bagi memastikan tindakan segera diambil, anda dinasihatkan supaya terlebih dahulu menghubungi bank anda atau hotline NSRC sebelum membuat laporan polis.
- Walaupun sudah terlambat, hubungi bank anda. Meskipun insiden penipuan berlaku sudah agak lama (contohnya lebih daripada 24 jam), anda masih perlu melaporkan penipuan itu kepada bank anda. HotlineNSRC iaitu 997 ialah nombor tindak balas kecemasan. Oleh itu, NSRC mungkin tidak dapat memberikan tindak balas yang pantas dalam situasi sebegini kerana peluang untuk mendapatkan balik wang anda adalah tipis. Walau bagaimanapun, tindakan anda melaporkan penipuan ini kepada bank anda merupakan tindakan penting bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penjenayah.
Tidak.
Hotline 997 NSRC ialah nombor tindak balas kecemasan untuk membantu mangsa yang baru menyedari bahawa wang dalam akaun bank mereka telah dipindahkan tanpa pengetahuan. Ia bukan pusat hubungan untuk membuat aduan.
Sekiranya akaun bank anda telah disekat, sila hubungi bank anda untuk menjelaskan situasi sebenar yang dihadapi. Akaun anda mungkin disekat kerana disyaki telah digunakan oleh penjenayah sebagai akaun keldai (mule account).
Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau maklum balas mengenai akaun bank anda, anda perlu mengemukakan aduan tersebut kepada unit aduan bank anda. Butiran unit aduan boleh didapati di bnm.gov.my/regulations/fsp-directory.
Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan maklum balas yang diberikan oleh unit aduan bank anda, anda boleh mengemukakan aduan berkenaan ke BNM TELELINK di pautan bnm.gov.my/LINK
Apabila membuat laporan (kepada bank anda, hotline 997 NSRC atau di balai polis), anda perlu memastikan anda mempunyai maklumat yang berikut:
- Penerangan ringkas tentang insiden penipuan (contohnya kronologi peristiwa)
- Butiran peribadi anda (nama, nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank)
- Butiran penjenayah (nama, nombor telefon)
- Butiran transaksi (nombor akaun-akaun bank yang terlibat, jumlah serta masa transaksi dibuat)
Anda juga perlu bersedia untuk memberikan sebarang bukti kepada PDRM, contohnya tangkap skrin (screenshots) perbualan dengan penjenayah.
Perlu ditekankan bahawa pihak NSRC, PDRM, BNM atau institusi perbankan hanya akan menghubungi anda sekiranya anda sudah membuat laporan insiden penipuan kepada pihak tersebut. Pihak tersebut tidak akan sama sekali meminta maklumat perbankan peribadi anda, contohnya nama pengguna (username), kata laluan, nombor PIN, TAC atau OTP.
Sekiranya anda telah melaporkan kes kepada bank anda atau hotline 997 NSRC, anda perlu pergi ke balai polis berdekatan secepat mungkin untuk membuat laporan polis.
Selepas membuat laporan polis, pegawai siasatan PDRM yang ditugaskan kepada kes anda akan memberikan nombor telefon mereka untuk dihubungi. Pegawai siasatan mungkin akan menghubungi anda untuk mendapat maklumat lanjut bagi membantu agensi penguatkuasaan undang-undang mengambil tindakan terhadap penjenayah. Contohnya:
- Resit transaksi
- Alamat laman sesawang (URL) yang dikongsikan oleh penjenayah
- Komunikasi dengan penjenayah (contohnya log panggilan, e-mel, perbualan melalui platform SMS / WhatsApp / Telegram / WeChat / e-dagang / platform lain)
Anda boleh membuat semakan susulan mengenai kes anda dengan:
- Menyemak status laporan polis anda secara dalam talian melalui https://sso.rmp.gov.my; atau
- Menghubungi pegawai siasatan PDRM yang ditugaskan kepada kes anda
Sekiranya anda perlu dihubungi, NSRC, pihak polis atau bank anda tidak akan sama sekali meminta maklumat perbankan peribadi anda, contohnya nama pengguna (username), kata laluan, nombor PIN, TAC atau OTP.
Sekiranya anda telah melaporkan kes kepada bank anda, anda tidak perlu membuat laporan sekali lagi kepada NSRC. Pihak bank akan bekerjasama dan terus menghubungi pihak NSRC sekiranya perlu.
Ya.
Selain memaklumkan kepada bank anda atau NSRC, anda juga perlu membuat laporan polis. Tindakan ini penting bagi membolehkan pihak polis memulakan siasatan rasmi.
Bagi memastikan tindakan segera diambil, hubungi bank anda atau hotline 997 NSRC terlebih dahulu sebelum membuat laporan polis di balai polis berdekatan.
Anda boleh terus menghubungi bank anda melalui hotline bank yang beroperasi 24 jam setiap hari.
Sekiranya anda telah melaporkan kes kepada bank anda, anda tidak perlu membuat laporan sekali lagi kepada NSRC.
Sekiranya anda perlu dihubungi, NSRC, pihak polis atau bank anda tidak akan sama sekali meminta maklumat perbankan peribadi anda, contohnya nama pengguna (username), kata laluan, nombor PIN, TAC atau OTP.
Anda boleh terus menghubungi bank anda melalui hotline bank yang beroperasi 24 jam setiap hari.
Sekiranya anda telah melaporkan kes kepada bank anda, anda tidak perlu membuat laporan sekali lagi kepada NSRC.
Anda boleh mendapatkan nombor hotline bank 24/7 di belakang kad bank anda atau melalui laman sesawang bank tersebut.
Selain itu, anda juga boleh merujuk senarai nombor hotline bank-bank melalui https://www.abm.org.my/directory.
Sekiranya anda telah melaporkan kes kepada bank anda, anda tidak perlu membuat laporan sekali lagi kepada NSRC.
Sekiranya anda perlu dihubungi, NSRC, pihak polis atau bank anda tidak akan sama sekali meminta maklumat perbankan peribadi anda, contohnya nama pengguna (username), kata laluan, nombor PIN, TAC atau OTP.
Tidak perlu. Sekiranya anda menyedari berlakunya transaksi yang tidak dibenarkan atau tidak disedari dalam akaun bank anda, segera hubungi hotline bank atau hubungi talian hotline NSRC iaitu 997. NSRC telah mengambil alih fungsi yang dahulunya dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (Commercial Crime Investigation Department, CCID) Scam Response Centre.
Semasa membuat laporan kes kepada CCID Scam Response Centre, mereka akan meminta anda membuat laporan polis. Oleh itu, anda boleh membuat semakan susulan kes dengan menyemak status laporan polis anda secara dalam talian melalui https://sso.rmp.gov.my atau menghubungi pegawai siasatan PDRM yang ditugaskan kepada kes anda.
Tidak.
Hotline 997 NSRC ialah nombor tindak balas kecemasan dan bukan pusat hubungan untuk membuat semakan susulan kes.
Anda boleh membuat semakan susulan kes anda dengan cara:
- Menyemak status laporan polis anda secara dalam talian melalui https://sso.rmp.gov.my; atau
- Menghubungi pegawai siasatan PDRM yang ditugaskan kepada kes anda
Tindakan segera menghubungi bank anda atau hotline 997 NSRC sebaik sahaja anda sedar yang anda telah ditipu adalah sangat penting. Tindakan segera ini boleh membantu anda mengurangkan kerugian selanjutnya yang mungkin dialami, walaupun tiada jaminan bahawa anda akan mendapat semula wang anda. Oleh itu, adalah penting untuk anda melengkapi diri dengan pengetahuan tentang jenis-jenis penipuan dan cara untuk melindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan. Sila layari Facebook Amaran Scam melalui www.facebook.com/AmaranPenipuan atau laman sesawang bank-bank anda untuk maklumat lanjut mengenai ini.
Sebaik sahaja anda membuat laporan, NSRC akan cuba membuat sekatan segera terhadap dana yang dicuri dan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjenayah.
Anda boleh membuat semakan susulan kes anda dengan cara:
- Menyemak status laporan polis anda secara dalam talian melalui https://sso.rmp.gov.my; atau
- Menghubungi pegawai siasatan PDRM yang ditugaskan kepada kes anda
Untuk maklumat lanjut tentang jenis-jenis penipuan dan cara mengelakkan diri daripada diperdaya, sila layari Facebook Amaran Scam melalui www.facebook.com/AmaranPenipuan atau laman sesawang bank-bank anda.