Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

MESYUARAT MEMBINCANGKAN KERJASAMA MYDIGITAL ID BERSAMA NFCC

PUTRAJAYA, 19 Ogos 2025 – YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), telah mempengerusikan mesyuarat bersama MyDigital ID Sdn. Bhd. yang diketuai oleh YBrs. Puan Rita Irina binti Abd Wahab, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan Pemegang Taruh & Penglibatan Nasional).
 
Mesyuarat ini menjadi titik penting dalam memperteguh sinergi antara NFCC dan MyDigital ID, khususnya dalam misi membanteras jenayah penipuan digital di Malaysia yang kian meningkat selaras dengan trend kes scam di negara ini.
 
Turut hadir bersama Encik Mohamad Sany bin Yahya, Ketua Pegawai Komersil; Dr. Mohd Ruzeiny bin Kamaruzzaman, Pengarah Hal Ehwal Kerajaan & Pengurusan Pihak Berkepentingan; dan Encik Azhar bin Hassan, Pengurus Kanan, Rakan Niaga.
 

MESYUARAT BERSAMA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) DENGAN NFCC

PUTRAYAJA, 18 Ogos 2025 – YBhg. Dato Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama pegawai-pegawai kanan NFCC telah menghadiri Mesyuarat bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Anis Rizana binti Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin, Ketua Pengarah Kastam, bertempat di Dewan Persidangan Sri Rampai, Aras 3 Selatan, JKDM Putrajaya.
 
Pertemuan ini menjadi wadah kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam memperhalusi dasar Pengurusan Harta Disita dan Dilucuthak Berpusat ke arah keberkesanan bersama.
 

KUNJUNGAN HORMAT ASIA e UNIVERSITI KE NFCC

PUTRAJAYA, 13 Ogos 2025 - YBhg. Dato Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), telah menerima kunjungan hormat daripada Asia e Universiti (AeU) yang diketui oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ansary Ahmed, 𝘍𝘰𝘶𝘯𝘥𝘦𝘳 𝘗𝘳𝘦𝘴𝘪𝘥𝘦𝘯𝘵 (AeU), Prof. Dr. Noor Raihan Ab Hamid, Naib Canselor, dan Prof. Madya Dr. Hj Azmi Bin Haji Mohd, Ketua Pegawai Integriti.
 
Kunjungan hormat ini turut membincangkan potensi kerjasama akademik yang merangkumi pembangunan program pendidikan iaitu program APEL.Q serta pembangunan latihan professional.
 

PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 - KELANTAN

KOTA BHARU, 9 Ogos 2025 — Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) menyertai Program MADANI Rakyat (PMR) Peringkat Negeri Kelantan sebagai pempamer Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini, dari 7 hingga 9 Ogos 2025.
 
Penyertaan NFCC bertujuan mengetengahkan inisiatif NSRC serta mempromosikan talian pantas 997 kepada masyarakat setempat. Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada 9 Ogos.
 
Sepanjang tiga hari pameran, reruai NFCC menerima kunjungan 607 orang, termasuk lawatan rasmi YBrs. Encik Mano Verabathran, Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Kementerian Komunikasi serta lawatan santai dari YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama isteri beliau.
 

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA YDH CP DATO' SRI MOHD SHUHAILY BIN MOHD ZAIN, KETUA PENGARAH AGENSI KAWALAN PERLINDUNGAN SEMPADAN (AKPS)

PUTRAJAYA, 7 Ogos 2025 - Kunjungan Hormat daripada YDH. CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily bin Mohd Zain, Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) ke atas YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) pada hari khamis yang lalu.
 
Turut serta dalam kunjungan hormat ini ialah YBhg. Dato’ Sazali bin Mohamad, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) dan YBrs. Tuan Haji Ismail bin Mokhtar, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AKPS dan YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC.
 

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Selasa 13 Januari 2026, 16:17:50.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

291123
Today: 552