Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

KUNJUNGAN HORMAT KE YDH TAN SRI TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA (DIG)

KUALA LUMPUR, 7 Julai 2025 – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara (DIG) di Bilik Tetamu KPN, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman, petang tadi.

Delegasi NFCC diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil bersama pegawai-pegawai kanan NFCC termasuk Tuan Wan, dan bersama pegawai kanan NFCC yang lain.


Kunjungan tersebut bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara NFCC dan PDRM khususnya dalam usaha memerangi jenayah kewangan dan mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

YDH Tan Sri DIG menyambut baik inisiatif ini serta menzahirkan komitmen PDRM untuk terus bekerjasama erat dengan NFCC. Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk memperhalusi pelaksanaan kerjasama menerusi mesyuarat teknikal susulan yang lebih sistematik dan berkesan.

Foto oleh : PDRM RMP TV

SC InvestSmart Pahang 2025

PAHANG, 20 Jun - NFCC mewakili inisiatif NSRC telah dijemput oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi menyertai program pencegahan ini. NFCC telah membuka reruai pameran yang memperkenalkan dan mendedahkan talian pantas 997 kepada orang awam khususnya masyarakat sekitar Kuantan sempena Program InvestSmart 2025 ini.

LAPORAN PELAKSANAAN PERSIDANGAN DAN MESYUARAT PENGUATKUASAAN & PENDAKWAAN JENAYAH KOMERSIA ANTARA AGENSI 2025

PULAU PINANG, 18 Jun 2025 - Persidangan dan Mesyuarat Penguatkuasaan & Pendakwaan Jenayah Komersial Antara Agensi 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 17 hingga 19 Jun 2025 bertempat di Hotel Mercure Penang Beach, Pulau Pinang.

Persidangan ini dianjurkan oleh Jabatan Peguam Negara dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dengan kerjasama pelbagai agensi penguat kuasa dan pendakwaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Jabatan Kimia Malaysia. Objektif utama persidangan ini adalah untuk memperkukuh kerjasama rentas agensi dalam menangani jenayah komersial melalui perbincangan, perkongsian maklumat dan penyelarasan tindakan pendakwaan.

Majlis perasmian persidangan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil.

Program telah diisi dengan sesi pembentangan, forum serta mesyuarat teknikal yang menyentuh pelbagai aspek termasuk pengumpulan bukti, cabaran pendakwaan, penggunaan teknologi dalam siasatan, serta strategi pencegahan jenayah kewangan. Persidangan ini turut memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan isu-isu semasa serta cabaran yang dihadapi dalam menjalankan siasatan dan prosiding pendakwaan kes-kes NSRC di bawah peruntukan Seksyen 424A hingga Seksyen 424C Kanun Keseksaan.

Seramai 68 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil agensi penguat kuasa, pendakwa raya dan penggubal dasar telah hadir secara fizikal sepanjang tiga hari program berlangsung.

Platform kerjasama seperti ini akan diteruskan secara berkala dalam usaha menangani jenayah komersial yang semakin kompleks.

PROGRAM PENCEGAHAN JENAYAH KEWANGAN DAN KEMPEN KESEDARAN MENGENAI JENAYAH PENIPUAN DALAM TALIAN DI LANGKAWI

LANGKAWI, 16 JUN 2025 - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menganjurkan Program Pencegahan Jenayah Kewangan dan Kempen Kesedaran Mengenai Jenayah Penipuan Dalam Talian bertempat di Auditorium LADA, Langkawi, Kedah Darul Aman.

YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah merasmikan program tersebut serta meninjau reruai yang dibuka bagi memberikan perkhidmatan secara terus kepada orang awam. Turut hadir bersama YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

Program reruai juga dijayakan oleh wakil-wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahagian Wang Tak Dituntut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (BWTD-JANM), AKPK dan SSM.

ADVOKASI TALIAN PANTAS 997 - PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 PERAK

LUMUT, 13 Jun 2025 – Seperti penganjuran Program Madani Rakyat sebelum ini, pengisian di pentas utama serta pentas reruai kementerian pastinya tidak kurang hebatnya. Kehangatan acara turut diserikan dengan sesi “Pocket Talk” yang disampaikan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan Persekutuan serta Negeri, berlangsung sehingga 6.00 petang.

Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) juga tidak ketinggalan untuk turut serta dalam sesi Pocket Talk yang diadakan sepanjang program ini. Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengambil alih pentas reruai bagi sesi Pocket Talk menerusi tajuk “Advokasi Memperkenalkan Talian Pantas 997 dan National Scam Response Centre (NSRC) Kepada Masyarakat”. Perkongsian ini memberi tumpuan kepada penerangan dan perkongsian maklumat berkaitan usaha-usaha pencegahan jenayah kewangan serta cara masyarakat dapat menggunakan talian tersebut untuk melaporkan aktiviti penipuan.

Sesi ini menjadi platform interaktif untuk menyampaikan maklumat secara langsung kepada pengunjung, selain merapatkan hubungan antara rakyat dan agensi kerajaan.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Selasa 13 Januari 2026, 16:17:50.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

291123
Today: 552