Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Kunjungan Hormat Singapore Police Force (SPF)-Anti-Scam Centre (ASC) kepada NFCC

Putrajaya, 6 Januari – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri Wan Osman @ Wan Abdullah serta pegawai NFCC telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Singapore, The Anti Scam Centre (ASC) Singapore. Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh SAC Shee Tek Tze, Timbalan Pengarah Kewangan Kumpulan Penyiasat, Jabatan Hal Ehwal Komersial, Singapore Police Force (SPF)-Anti-Scam Centre (ASC).
 
Kunjungan hormat ini diadakan dengan tujuan untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara dalam usaha menangani jenayah kewangan dan penipuan. Selain itu juga dapat bertukar maklumat, berkongsi cara yang terbaik dalam pencegahan penipuan, serta memperkenalkan strategi dan teknologi terkini untuk memerangi jenayah kewangan yang semakin kompleks. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada kedua-dua agensi untuk membincangkan usaha-usaha penguatkuasaan undang-undang, serta membentuk jaringan kerjasama yang lebih erat dalam mengurangkan ancaman penipuan merentas sempadan.

Kunjungan Hormat Sekolah Menengah Sains Pokok Sena ke Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC)

Putrajaya, 6 Januari - Bahagian Operasi Bersepadu, Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menerima kunjungan hormat daripada Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah. Delegasi ini telah disambut oleh YBrs. Tuan Nordin bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Operasi Bersepadu.

Antara perkara yang telah dikongsikan adalah fungsi dan peranan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan Pusat Respon Penipuan Kebangsaan (NSRC).

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan NFCC kepada pelajar-pelajar sebagai usaha meningkatkan kesedaran tentang jenayah kewangan dan kepentingan pencegahannya dalam kalangan masyarakat.

Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewwangan Nasional (NFCC) dan Sesi Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Putrajaya, 3 Januari – Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 Ketua Pengarah NFCC telah diadakan dengan kehadiran seluruh warga NFCC. Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan amanat tahun baharu 2025 serta pencapaian dan kemajuan terkini. YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah memberikan laporan tentang pencapaian dan kemajuan yang telah dicapai oleh NFCC pada tahun sebelumnya, serta inisiatif yang telah berjaya dilaksanakan. Selain itu, majlis ini berfungsi sebagai platform untuk menggariskan strategi dan sasaran pencegahan jenayah kewangan yang akan diutamakan pada tahun 2025. Ini termasuk usaha memperkukuhkan kerjasama antara agensi-agensi penguatkuasa, institusi kewangan, dan pihak berkepentingan lain.
 
Majlis ini juga telah dilengkapi dengan sesi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh Ketua Pengarah NFCC dan disaksikan oleh YBhg. Dato' Nazli Rasyid bin Hj. Sulong, Pengarah Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM.

Penubuhan Makmal Satelit Anti-Jenayah Kewangan oleh NFCC dan UTM

Johor Bahru, 26 November – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dengan julung kalinya menjalinkan kolaborasi bersama pihak Universiti dengan penubuhan Makmal Satelit Anti-Jenayah Kewangan (AFC Lab) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), menjadikan UTM sebagai universiti pertama di Malaysia yang mengambil langkah proaktif ini.
 
Majlis perasmian yang berlangsung di Fakulti Komputeran, UTM Johor Bahru telah dirasmikan oleh Naib Canselor UTM, YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail bersama Timbalan Ketua Pengarah NFCC, YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi.
YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi menegaskan bahawa penubuhan AFC Lab adalah langkah strategik yang memodenkan pendekatan pencegahan jenayah kewangan di era digital.
 
“Kerjasama dengan UTM ini merupakan pencapaian penting bagi NFCC dalam memperkukuh sistem penyelidikan, penyiasatan, dan penguatkuasaan melalui integrasi teknologi analitik dan kecerdasan buatan (AI). Dengan AFC Lab, kita mencipta masa depan yang lebih kukuh dan berdaya tahan dalam menangani jenayah kewangan,” kata Timbalan Ketua Pengarah NFCC.
 
Makmal ini berfungsi sebagai pusat penyelidikan inovatif dengan fokus pada analitik data jenayah kewangan iaitu untuk memahami corak dan tren jenayah kewangan secara mendalam. Selain itu, penggunaan teknologi analitik lanjutan yang akan meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan undang-undang. Akhir sekali, pembangunan alat bersepadu berasaskan AI yang dapat membantu penyiasat mengenal pasti elemen kesalahan dengan lebih tepat.
YBrs. Tuan Ahmad Sazilee turut menyatakan bahawa makmal ini menjadi sokongan penting kepada para penyiasat kewangan dan pendakwa raya dalam memerangi jenayah kewangan yang semakin kompleks.
 
“NFCC memerlukan sistem sokongan untuk memudahkan tugas penyiasatan, termasuk penghasilan laporan tren jenayah kewangan, pembangunan strategi pencegahan yang lebih baik, serta penyediaan latihan dan peningkatan kompetensi untuk pegawai penyiasat.”
 
Salah satu inisiatif utama dalam kerjasama ini adalah pembangunan Program Penyiasat Kewangan Bertauliah (Certified Financial Investigator Programme, CFIP) secara maya. Program ini mempermudah pegawai penyiasat dan Timbalan Pendakwa Raya mengikuti modul kompetensi secara dalam talian.
 
CFIP yang dimulakan oleh Bank Negara Malaysia sejak 2007 kini telah melalui transformasi kolaborasi bersama UTM bagi memastikan program ini relevan dan mudah diakses oleh pegawai penyiasat di seluruh negara.
 
Majlis perasmian turut dihadiri oleh YDH CP Datuk M Kumar A/L S. Muthuvelu, Ketua Polis Johor, YBhg. Dato’ TPj Haji Azmi Haji Alias, Pengarah SPRM Johor, YBrs. Abdul Ghafar Ab Latif., Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, YBrs. Norzehan Abd Karim, Pengurus Pejabat Bank Negara Malaysia Johor, delegasi NFCC, serta agensi penguatkuasa negeri dan wakil UTM.
 
Dengan kolaborasi ini, NFCC yakin bahawa penubuhan AFC Lab di UTM akan memperkukuh ekosistem pencegahan jenayah kewangan negara, seiring dengan cabaran era digital yang semakin kompleks.

Kupi-Kupi Dulu Sama NFCC: Pencegahan Jenayah Kewangan Dalam Talian

Kundasang, 21 November - Program ini diadakan selaras dengan inisiatif pencegahan jenayah kewangan dalam talian (online scam) yang diusahakan oleh NFCC. Sebagai langkah awal untuk menyebarluaskan kesedaran tentang penipuan dalam talian, satu sesi perbincangan santai bertajuk Kupi-Kupi Dulu Sama NFCC telah dilaksanakan di Kundasang, Sabah.
 
Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan penerangan tentang jenayah kewangan dalam talian serta meningkatkan kesedaran dalam kalangan komuniti mengenai langkah-langkah pencegahan yang perlu diambil. Program ini bertujuan untuk menyelami permasalahan yang semakin membimbangkan, iaitu penipuan dalam talian yang memberi impak besar kepada individu dan komuniti.
 
Program ini telah berlangsung pada 21 November 2024 di Restoran Puteri Nabalu, Kundasang, Sabah. Program ini juga turut disertai oleh Polis Diraja Malaysia (JSJK BA, JSJK KK Dan JSJK Ranau), MCMC (Ibu Pejabat dan Kota Kinabalu) dengan kehadiran seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin masyarakat dan wakil penduduk tempatan. Para peserta diberi peluang untuk mendalami isu-isu berkaitan penipuan dalam talian dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada kesejahteraan kewangan mereka.
 
Timbalan Ketua Pengarah NFCC, Tuan Ahmad Sazilee Abdul Khairi, telah dijemput sebagai penceramah utama dalam program ini. Beliau telah memberikan penerangan mengenai jenayah kewangan dalam talian, serta langkah-langkah yang boleh diambil oleh individu dan komuniti untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan. Penerangan beliau yang terperinci sangat membantu dalam memahami modus operandi scammer dan bagaimana untuk mengenal pasti tanda-tanda awal penipuan.
 
Selain peserta dari komuniti setempat, program ini juga turut mendapat sokongan daripada Pegawai Daerah Pejabat Daerah Ranau (PDR), wakil Majlis Daerah Ranau, wakil Pejabat Penerangan Ranau (PPD), wakil ahli Parlimen Ranau dan wakil adun Kundasang yang turut hadir untuk memberi dokongan dalam usaha membanteras jenayah dalam talian. Kehadiran mereka menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan masyarakat dilindungi daripada jenayah kewangan dalam talian.
 
Program Kupi-Kupi Dulu Sama NFCC ini adalah satu langkah proaktif dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya jenayah kewangan dalam talian. Kerjasama antara pihak NFCC dan NSRC adalah amat penting dalam memastikan program ini mencapai objektifnya untuk membendung jenayah tersebut. Diharapkan usaha berterusan seperti ini dapat memperkasa pengetahuan dan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi ancaman penipuan dalam talian.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 26 Mei 2025, 10:04:09.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

148164
Today: 217