Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Fifth Plenary Meeting of the Global Operational Network of Anti-Corruption Law Enforcement Authorities (GlobE Network)

Beijing, 24 September - Ketua Pengarah NFCC, YBhg Dato' Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, bersama pegawai NFCC, telah menghadiri Fifth Plenary Meeting of the Global Operational Network of Anti-Corruption Law Enforcement Authorities (GlobE Network), yang berlangsung pada 24 September 2024 hingga 27 September 2024 di Beijing, China, anjuran United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) bersama National Commission of Supervision of China. 

Pertemuan empat hari ini telah dimulakan dengan sesi pembukaan oleh Mr. John Brandolino,Director, Division for Treaty Affairs UNODC. Pada hari pertama ini juga, turut diadakan forum peringkat tertinggi yang menampilkan wakil daripada agensi pencegahan rasuah, penguatkuasa dan pengamal undang-undang dari seluruh dunia yang berucap serta berkongsikan berkenaan usaha dan pelaksanaan pencegahan rasuah di Negara masing-masing. Dianggarkan seramai 500 orang peserta daripada seluruh Negara telah menghadiri mesyuarat GlobE pada kali ini.

Untuk makluman, satu pertemuan juga telah diadakan bersama pegawai NFCC dan SPRM dengan Mrs. Slagjana Taseva, Dekan dari Akademi Anti-Rasuah Antarabangsa (IACA) dan Mr. Eduard Ivanov, Penyelidik Kanan dari IACA, yang membincangkan mengenai usaha pencegahan dan pendidikan berkaitan rasuah, jenayah kewangan, dan pengurusan aset yang boleh ditawarkan sebagai pembelajaran kursus di IACA.

Kunjungan Hormat daripada Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Putrajaya, 19 September - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah menerima Kunjungan Hormat Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC).
 
Kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama antara institusi akademik dan agensi Kerajaan dalam dalam aspek pencegahan jenayah kewangan. Selain daripada itu, dapat bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai pencegahan jenayah kewangan dalam meningkatkan tahap kurikulum di institusi akademik.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Kuala Lumpur, 17 September - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah membuat Kunjungan Hormat ke atas YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B), Pengerusi dan YBrs. Tuan Rusli bin Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Menara Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kuala Lumpur.
 
Kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama melalui perkongsian data dalam memerangi jenayah kewangan.

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NFCC ke atas Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah

Sabah, 6 September - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama beberapa Pegawai Kanan NFCC telah membuat Kunjungan Hormat ke atas Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah di Ibu Pejabat Jabatan Hidupan Liar Sabah.
 
Kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk menjalin dan memperkukuhkan jalinan kerjasama dalam memerangi jenayah kewangan yang melibatkan aktiviti haram seperti pemerdagangan hidupan liar yang semakin berleluasa. Selain itu, memantapkan strategi pencegahan yang berkesan terhadap jenayah kewangan yang melibatkan aktiviti-aktiviti yang merosakkan sumber alam.

Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Data antara NFCC dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Sabah, 5 September - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama beberapa Pegawai Kanan NFCC telah hadir bagi menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Data antara NFCC dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di Bangunan Ibu Pejabat DBKK.
 
Majlis menandatangani nota kerjasama ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama antara NFCC dan DBKK melalui perkongsian data yang lebih efisien, bagi menyokong usaha bersama dalam menangani jenayah kewangan. Kerjasama ini membolehkan NFCC dan DBKK berkongsi maklumat yang berkaitan dengan pengurusan kewangan, pembangunan bandar, dan pemantauan aktiviti kewangan yang mencurigakan di Kota Kinabalu. Dengan adanya akses kepada maklumat dan data yang lebih menyeluruh, kedua-dua pihak dapat meningkatkan keberkesanan dalam penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan jenayah kewangan di peringkat bandar.

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Khamis 05 Mac 2026, 02:08:39.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

312599
Today: 632