Putrajaya, 21 Jun - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Tuan Kamal Baharin bin Mohd Omar, Timbalan Ketua Pengarah NFCC serta YBrs. Tuan Wan Mohd Nazri bin Wan Osman, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Strategik serta beberapa Pegawai Kanan NFCC telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg. Dato' Anis Rizana binti Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Putrajaya.
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mengukuhkan jalinan kerjasama dan hubungan dua hala antara agensi melalui perkongsian data dan operasi bersepadu yang berhubungan dengan pencegahan jenayah kewangan.