Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH NFCC KEPADA PENGARAH DAN PEGAWAI-PEGAWAI SPRM JOHOR

JOHOR, 25 Ogos 2025 - Kunjungan hormat oleh YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) kepada YBrs. Tuan Hairuzam bin Mohmad Amin @ Hamin, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Johor telah diadakan di Tampoi, Johor.
 
Pertemuan tersebut telah membincangkan fungsi dan peranan NFCC serta bentuk kerjasama antara NFCC dan SPRM dalam aspek jenayah kewangan dan pengurusan aset yang disita merentas negara pada masa hadapan.
 

MESYUARAT JAWATANKUASA EKSEKUTIF (JKE) NFCC BIL.3 TAHUN 2025

PUTRAJAYA, 20 Ogos 2025 – YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (JKE) NFCC Bil. 3 Tahun 2025 bertempat di Bilik Mesyuarat Al – Amin, Aras 6, Menara Seri Wilayah, Putrajaya dan telah dihadiri oleh 23 agensi penguat kuasa.
 

MESYUARAT MEMBINCANGKAN KERJASAMA MYDIGITAL ID BERSAMA NFCC

PUTRAJAYA, 19 Ogos 2025 – YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), telah mempengerusikan mesyuarat bersama MyDigital ID Sdn. Bhd. yang diketuai oleh YBrs. Puan Rita Irina binti Abd Wahab, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan Pemegang Taruh & Penglibatan Nasional).
 
Mesyuarat ini menjadi titik penting dalam memperteguh sinergi antara NFCC dan MyDigital ID, khususnya dalam misi membanteras jenayah penipuan digital di Malaysia yang kian meningkat selaras dengan trend kes scam di negara ini.
 
Turut hadir bersama Encik Mohamad Sany bin Yahya, Ketua Pegawai Komersil; Dr. Mohd Ruzeiny bin Kamaruzzaman, Pengarah Hal Ehwal Kerajaan & Pengurusan Pihak Berkepentingan; dan Encik Azhar bin Hassan, Pengurus Kanan, Rakan Niaga.
 

MESYUARAT BERSAMA JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA (JKDM) DENGAN NFCC

PUTRAYAJA, 18 Ogos 2025 – YBhg. Dato Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) bersama pegawai-pegawai kanan NFCC telah menghadiri Mesyuarat bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Anis Rizana binti Mohd Zainudin @ Mohd Zainuddin, Ketua Pengarah Kastam, bertempat di Dewan Persidangan Sri Rampai, Aras 3 Selatan, JKDM Putrajaya.
 
Pertemuan ini menjadi wadah kerjasama dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam memperhalusi dasar Pengurusan Harta Disita dan Dilucuthak Berpusat ke arah keberkesanan bersama.
 

KUNJUNGAN HORMAT ASIA e UNIVERSITI KE NFCC

PUTRAJAYA, 13 Ogos 2025 - YBhg. Dato Sri Shamshun Baharin bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), telah menerima kunjungan hormat daripada Asia e Universiti (AeU) yang diketui oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ansary Ahmed, 𝘍𝘰𝘶𝘯𝘥𝘦𝘳 𝘗𝘳𝘦𝘴𝘪𝘥𝘦𝘯𝘵 (AeU), Prof. Dr. Noor Raihan Ab Hamid, Naib Canselor, dan Prof. Madya Dr. Hj Azmi Bin Haji Mohd, Ketua Pegawai Integriti.
 
Kunjungan hormat ini turut membincangkan potensi kerjasama akademik yang merangkumi pembangunan program pendidikan iaitu program APEL.Q serta pembangunan latihan professional.
 

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Khamis 05 Mac 2026, 02:08:39.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

312519
Today: 552