Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Soalan Lazim
Image
Image
Image

Kunjungan Hormat UMW Toyota terhadap NFCC

Putrajaya, 19 Mei - Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah menerima kunjungan hormat daripada UMW Toyota (UMWT) yang diketuai oleh Dato‘ Haji Mohd Fauzi Haji Mohamad bersama Encik Rich Fozi dan Encik Mohd Firdaus Hafifi Azizul Rahman. Ybhg. Dato‘ Sri Shamsun Baharin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC telah menerima kunjungan hormat ini bersama dengan pegawai NFCC.

 

Kunjungan hormat ini diadakan dengan tujuan mengukuhkan hubungan strategik antara sektor korporat dan agensi kerajaan dalam usaha mencegah jenayah kewangan di Malaysia. Selain itu, memahami peranan dan fungsi NFCC dalam menyelaras usaha antara agensi dalam memerangi jenayah kewangan serta melihat potensi sumbangan dari sektor korporat seperti UMW Toyota ke arah menyokong inisiatif kebangsaan ini.

Program Kempen Kesedaran Mengenai Jenayah Penipuan Dalam Talian oleh NFCC/NSRC bersama Pejabat Pendidikan Daerah Besut & Ibu Pejabat Polis Daerah Besut

Terengganu, 8 Mei – Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) telah mengetuai Program Kempen Kesedaran Mengenai Jenayah Penipuan Dalam Talian oleh NFCC/NSRC bersama Pejabat Pendidikan Daerah Besut & Ibu Pejabat Polis Daerah Besut dengan sokongan Ibu Pejabat Polis Kontingen Terengganu & Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di Dewan SMK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu. Program ini telah dihadiri oleh YBrs. Tuan Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC, YBrs. Tuan Kamal @ Kamsah Mohamed, Timbalan Pengarah Pendidikan, JPN Terengganu & DSP. Tuan Mohd Hanif bin Yusoff, Timbalan KJSJK, IPK Terengganu yang mewakili Ketua Polis Terengganu.

 

Program ini telah disertai oleh guru-guru sekitar Besut, guru kaunselor, bakal pesara (guru) & pesara (guru). Seramai 300 orang peserta telah hadir dalam program tersebut. Sesi forum juga turut diadakan bagi mengisi kempen pencegahan dalam memastikan objektif program mencapai matlamat yang disasarkan iaitu memberikan penerangan kepada para peserta mengenai jenayah penipuan dalam talian disamping mempromosikan talian hotline pantas 997 kepada para peserta.

Karnival Kita Madani X Program Madani Rakyat (PMR) dan Karnival Kita Madani Peringkat Negeri

Sabah, 4 Mei – Program Satelit : Karnival Kita Madani X Program Madani Rakyat (PMR) dan Karnival Kita Madani Peringkat Negeri telah diadakan di Padang Kampung Batu Payung, Tawau pada 4 Mei 2025 (Ahad). Program ini telah diselaraskan oleh pihak Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) yang telah menjemput Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) selaku agensi di dalam Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) sebagai pempamer.

 

Tujuan penyertaan ini adalah untuk menyebar luas kempen ‘Internet Selamat’ bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai keselamatan dan jenayah siber dalam era digitalisasi.

Southeast Asia Anti-Corruption Conference: Recalling Jakarta Statement

Putrajaya, 29 April – Southeast Asia Anti-Corruption Conference: Recalling Jakarta Statement telah diadakan pada 29 April 2025 di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Persidangan tersebut merupakan anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga South-East Asia Anti-Corruption (SEA-Actions) dengan kerjasama strategik Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC), IIM, dan juga Badan Bukan Kerajaan, iaitu Rasuah Busters. Program ini telah dihadiri oleh jemputan khas iaitu YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN), YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM, bersama YBhg. Tan Sri Abu Kassim Mohammed, Presiden SEA Action, Drs Setyo Budianto, Ketua Pesuruhjaya Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia, serta YBhg. Dato’ Sri Shamshun Baharin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC. Program ini telah berlangsung di PICC, Putrajaya pada 29 April 2025 (Selasa).

 

Program ini diadakan dengan menghimpunkan pakar pemikir terkemuka dan pejuang anti rasuah dari seluruh Malaysia bagi membincangkan cabaran, berkongsi kejayaan, mengambil iktibar daripada kegagalan dan membentuk pakatan baharu dalam menangani isu rasuah yang makin mencabar. Agensi anti rasuah Asia Tenggara telah sepakat untuk memperkukuh kerjasama serantau dalam usaha mencegah dan membanteras rasuah menerusi pemeteraian Deklarasi Putrajaya. Deklarasi yang disepakati oleh lapan negara iaitu Malaysia, Indonesia Brunei, Laos, Myanmar, Singapura, Timur Leste dan Kemboja itu meletakkan tujuh keutamaan terhadap kebebasan, ketelusan dan keberkesanan agensi anti-rasuah sebagai tunjang kepada tadbir urus baik dan pembangunan mampan di rantau ini.

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU BERSAMA PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN NEGERI PERLIS

Kangar, 21 April – NFCC telah mengadakan sesi perkongsian ilmu yang diketuai oleh YBhg. Dato' Sri Shamshun Baharin Bin Mohd Jamil, Ketua Pengarah NFCC bersama Pegawai Kanan NFCC ke atas YBrs. Tuan Aizal Bin Mazlan, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis. 

Tujuan sesi perkongsian ilmu ini adalah untuk mewujudkan platform bagi membolehkan pihak NFCC dan kerajaan Negeri bertukar-tukar fikiran berhubung peletakhakan harta tak alih yang dimohon oleh agensi-agensi penguat kuasa kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan serta isu-isu berbangkit. Sehubungan itu, NFCC telah memberi taklimat berhubung peranannya dalam menguruskan harta yang disita dan dilucuthak dan seterusnya disusuli dengan taklimat oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perlis berhubung prosedur bagi melaksanakan peletakhakan yang dimohon oleh agensi penguat kuasa, serta isu-isu berbangkit termasuklah bagi tanah-tanah yang telah dikecualikan dari pemakaian Kanun Tanah Negara menurut subseksyen 4(2) Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 828].

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Rabu 24 September 2025, 02:46:01.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

224984
Today: 728