PETALING JAYA, 29 – 30 SEPTEMBER - Membanteras sindiket penyeludupan hidupan liar menerusi pendekatan 'follow-the-money'!
Satu bengkel komprehensif yang dianjurkan oleh TRAFFIC Southeast Asia dengan kerjasama NFCC, selama dua hari telah dijayakan bagi melatih agensi penguatkuasaan beralih daripada sekadar melaksanakan rampasan fizikal kepada penggunaan perundangan Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) demi menumpaskan dalang utama jenayah.
Menampilkan kepakaran daripada pelbagai pihak tempatan dan antarabangsa termasuk NFCC, WCB PDRM, JKDM, SPRM, BNM, SFC, PERHILITAN, Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, , Jabatan Perikanan dan Jabatan Hidupan Liar Sabah.
Para peserta telah dibekalkan dengan kemahiran siasatan kewangan yang taktikal, teknik pengesanan dan pemulihan aset, serta latihan simulasi pembinaan kes yang mantap. Inisiatif ini telah berjaya merapatkan jurang antara siasatan jenayah hidupan liar dan siasatan kewangan yang kompleks. Selari dengan anjakan paradigma ini, NFCC menerusi ASTRIC sentiasa komited menyokong sebarang pelaksanaan operasi bersepadu dan sedia menawarkan khidmat nasihat serta bimbingan teknikal berterusan kepada Pegawai Penyiasat bagi memastikan pendakwaan kes AMLA yang berjaya. Bersama kita putuskan rantaian dana haram dan lindungi khazanah alam!
HUBUNGI KAMI
Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah Jalan P2a Presint 2 62100 Putrajaya
Emel: nfcc@jpm.gov.my
Telefon: (03) 8861 3830
TARIKH KEMASKINI
Tarikh Kemaskini: Khamis 29 Oktober 2026, 03:55:47.