Select your language

Select your language

Soalan Lazim
Image
Peta Laman
Carian

Carian

Select your language

Soalan Lazim
Image
Image
Image

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (MCMC) WILAYAH SABAH

๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ, ๐’๐š๐›๐š๐ก, ๐Ÿโ€“๐Ÿ‘ ๐‰๐ฎ๐ฅ๐š๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - NFCC telah mengadakan lawatan kerja ke Kota Kinabalu, Sabah yang diketuai oleh YBrs. Tuan Ahmad Sazilee bin Abdul Khairi, Timbalan Ketua Pengarah NFCC bersama pegawai-pegawai kanan NFCC.

Lawatan kerja ini bermula dengan kunjungan hormat ke pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Wilayah Sabah pada 2 Julai 2026 yang disambut oleh Timbalan Pengarah MCMC Wilayah Sabah, Richard Diaz. Pertemuan tersebut membincangkan pelbagai isu berkaitan jenayah kewangan, khususnya jenayah scam, di samping meneroka cadangan kolaborasi strategik antara NFCC dan MCMC Wilayah Sabah dalam memperkukuh usaha pencegahan serta meningkatkan kesedaran awam terhadap jenayah penipuan kewangan.

NFCC turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, YBhg. Datoโ€™ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah bagi membincangkan pelaksanaan program kesedaran jenayah kewangan bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), yang merupakan rakan strategik NFCC sejak tahun 2024.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan NFCC dalam memperkukuh kolaborasi strategik bersama agensi dan pihak berkuasa tempatan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat serta memperkasa usaha membanteras jenayah kewangan

HUBUNGI KAMI

Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) 
Aras 5 & 6, Blok 1 Menara Seri Wilayah
Jalan P2a Presint 2 62100
Putrajaya

Emel: nfcc@jpm.gov.my

Telefon: (03) 8861 3830

TARIKH KEMASKINI

  • Tarikh Kemaskini: Isnin 10 Ogos 2026, 04:01:04.

PAUTAN LUAR

STATISTIK PELAWAT

425782
Today: 232